Fazura sedia bantu tunang Muhammad Adib
KUALA LUMPUR - Pemergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Insitut Jantung Negara (IJN) di sini mendapat perhatian pelakon dan penyanyi jelita, Fazura.
Nur Fazura Sharifuddin, 35, melalui laman instagram rasminya telah menzahirkan ucapan takziah terhadap mangsa.
Dalam entri tersebut, dia turut menyatakan kesediaan membantu tunang kepada Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25, yang sepatutnya bernikah pada Sabtu ini.
"Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Faz doakan segalanya dipermudahkan. Khas kepada tunang Allahyarham, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran. Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz," katanya di sini hari ini.
Faz yang juga isteri kepada pelakon, Fattah Amin, menyifatkan Nurul Najihah sebagai insan yang kuat dan mendoakan wanita itu dapat menjalani ujian tersebut dengan tabah.
Muhammad Adib meninggal dunia selepas 21 hari bertarung nyawa ketika menerima rawatan di IJN di sini pada pukul 9.41 malam semalam.
Beliau yang bertugas di Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya kritikal selepas dibelasah ketika sedang bertugas memadamkan kenderaan terbakar di Kuil Sri Mariamman bulan lalu.
Mangsa telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebengau Kuala Kedah semalam. K! ONLINE
No comments:
Post a Comment