Mangsa nahas pesawat berjalan semula dengan bantuan sut bionik selepas 30 tahun lumpuh
TERSELAMAT dalam nahas pesawat 30 tahun lalu, Stephen McCoy bagaimanapun terpaksa menggunakan kerusi roda gara-gara kecederaan dalam kejadian itu.
Namun, dia sekali lagi berhadapan detik penuh emosi apabila buat pertama kali mencuba sut bionik, sekaligus menjadikan impian untuk dia berjalan semula menjadi kenyataan.
Kejadian melibatkan pesawat British Midland 92 model Boeing 737 itu menyebabkan Stephen lumpuh kedua-dua kakinya.
Selepas kejadian itu, Stephen koma selama tiga bulan.
Keadaan pesawat itu selepas ia terhempas pada 1989. FOTO: Daily Record.
Hasrat Stephen untuk kembali berjalan seperti individu normal lain juga tidak pernah luntur.Perkara itu turut diakui kakaknya, Yvonne McCoy.
"Dia percaya pada keajaiban. Dia sangat yakin, dia mahu keajaiban besar berlaku iaitu dia mahu berjalan semula," katanya.
Dia kini belajar untuk berjalan dengan menggunakan sut futuristik yang dijana dengan motor eletrik, membolehkan anggota badanya yang lumpuh digerakkan semula.
Kisah Stephen dipaparkan dalam dokumentari di saluran BBC, sempena ulang tahun ke-30 nahas itu.
Yvonne yang juga seorang jururawat mengabadikan hidup untuk abangnya setelah dia lumpuh akibat kejadian itu.
"Ayah minta saya jaga Stephen. Dulu saya tak pasti jika dia boleh keluar dari hospital atau saya mampu jaga dia.
"Harapnya latihan dengan sut itu akan membolehkan keadannya menjadi lebih baik. Dia sangat berani. Malah, dia tidak pernah merungut," kata Yvonne. - Mirror.UK.
No comments:
Post a Comment