Nuffnang

Friday, February 8, 2019

Sah mayat terperangkap dalam pesawat adalah Emiliano Sala


POLIS mengesahkan mayat yang dikeluarkan dari bangkai pesawat yang terdampar di dasar laut Selat Inggeris adalah pemain Cardiff City, Emiliano Sala.
Mayat pemain berusia 28 tahun itu ditemui terperangkap di dalam pesawat tersebut semasa operasi pencarian di dasar laut dilakukan beberapa hari lalu.
IKLAN
Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) membawa mayat tersebut ke Portland sebelum diserahkan kepada Koroner Dorset yang kemudian mengesahkan identiti mayat adalah pemain termahal Cardiff City itu.
Mayat juruterbang Sala, David Ibbotson masih belum ditemui.
Seorang jurucakap berkata mereka mengeluarkan mayat Sala daripada dasar laut menggunakan apa jua cara sekali pun termasuk kenderaan yang dioperasikan secara jarak jauh (ROV) dalam keadaan yang agak mencabar.
image: https://www.mstar.com.my/sukan/2019/02/08/~/media/276a0ba6cfc14a519ccdd759a6941dda.ashx?la=en

Emiliano Sala.
Pesawat jenis Piper Malibu itu masih berada di kedalaman 67 meter dan masih gagal dinaikkan berikutan cuaca buruk.
Bangkai pesawat itu ditemui pada petang Ahad lalu selepas dilaporkan hilang pada malam 21 Januari semasa dalam perjalanan dari Nantes menuju ke Cardiff.
Pesawat tersebut meminta kebenaran untuk mendarat sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jersey.
Pesawat itu berjaya dikesan pasukan yang diketuai saintis David Mearns dua jam selepas operasi pencarian dilakukan.
AAIB berkata mereka akan menerbitkan laporan sementara dalam tempoh sebulan.
Cardiff mengikat Sala dengan rekod perpindahan kelab bernilai 15 juta pound sterling dan dia sepatutnya berlatih bersama pasukan baharunya itu bulan lalu. - Metro.co.uk

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung