Nuffnang

Tuesday, March 19, 2019

Wow !!! Aaron Aziz terkejut anak usia 9 tahun mampu lukis tragedi sedih New Zealand


Aaron bersama anaknya Dahlia Arissa.
PELAKON Aaron Aziz melahirkan rasa terkejut apabila anak bungsunya Dahlia Arissa, 9, mampu melukis kejadian serangan masjid di Christchurch, New Zealand.
Aaron, 43, berkata, dia tidak menyangka kanak-kanak itu memahami apa yang terjadi dan mampu melukis kejadian sedih itu pada usia yang masih kecil.
"Assalamualaikum. Lihat apa yang Dahlia lukis. Saya tidak ingat sama ada mampu melukis sesuatu yang sedih pada usia seperti dia.
"Apa yang berlaku kepada dunia hari ini?" ujarnya di Twitter pada Isnin.


Aaron memuat naik foto-foto hasil lukiasan anaknya di laman sosial.
Pada 15 Mac lalu, dunia dikejutkan dengan serangan seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan di dalam sebuah masjid di tengah Christchurch, New Zealand.
Sehingga kini dilaporkan 50 mangsa maut dalam kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Aaron turut mendoakan mangsa kejadian diberi tempat tertinggi di syurga.
"Semoga saudara-saudara kita ditempatkan di tempat tertinggi di syurga dan Allah melindungi kita semua. Amin," tulisnya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung