Nuffnang

Monday, May 20, 2019

Viral!!! Termenung harga sup RM98! Pelanggan gerai ‘legend’ musykil “Kalau cekik darah takkan saya masih beli dari belum kahwin sampai anak enam”


Kecoh kisah seorang pelanggan yang
 terkejut apabila terpaksa membayar RM98 untuk sebungkus sup campur yang dibelinya di bazar Ramadan.
BULAN Ramadan bukan saja menyaksikan bazar penuh sesak dengan orang ramai yang mahu membeli pelbagai juadah berbuka puasa, bahkan dihangatkan dengan isu harga sehingga boleh membuatkan pelanggan ‘naik darah’.
Ini termasuklah kekecohan harga melampau sup campur yang dibeli seorang pelanggan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Lumpur, yang didakwa berharga RM98 sebungkus!
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––

“Sup perut campur usus campur lemak satu plastik ni RM98 dekat bazar Taman Tun. Aku ambil usus tiga keping setengah, perut dua keping, lemak satu. 
“Makcik tu potong-potong letak dalam plastik campur kuah. Kemudian makcik tu cakap RM98. Terkejut aku RM98, lagi RM2 nak RM100. Terus balik dari bazar tak beli apa-apa,” kata seorang netizen di ruangan komen laman sosial sehingga tular.

Perkongsian mengenai harga melampau sup campur yang tular di media sosial.
Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan harga sup yang dibeli pelanggan itu adalah tidak munasabah.
“Macam tak boleh terima RM98 untuk satu plastik. Kalau ye pun ambil banyak, takkan sampai RM98,” komen seorang netizen di Facebook.
Walaupun nama gerai tersebut tidak dinyatakan, tetapi seorang pengguna Facebook kemudian terpanggil untuk memberi pandangan mengenai dakwaan yang dibuat menerusi perkongsian di laman sosial.
Gieanna Ali, 37, berkata jika menyebut sup perut, hanya sebuah gerai yang terkenal menjual hidangan itu di bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.

Bazar Ramadan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. -fotoTHESTAR
Jelasnya, sejak menjadi pelanggan setia pada 2005, dia tidak pernah membeli sup perut di gerai tersebut pada harga tidak munasabah seperti yang didakwa.
“Kebiasaannya, saya beli antara RM30 dan RM40 satu plastik. Pernah juga beli beberapa bungkus dan harga paling tinggi pun setakat kira-kira RM70.
“Lebih satu plastik tu boleh dimakan untuk empat hingga lima orang. Macam mana dia hanya beli satu plastik tapi boleh kena sampai RM98,” katanya kepada mStar.


Gerai menjual sup perut di bazar Ramadan yang sering dikunjungi seorang pelanggan setia sejak bertahun-tahun. Foto ihsan Gieanna Ali
Gieanna yang menetap di Damansara Perdana di Petaling Jaya, Selangor mempersoalkan gambar yang tular hanya menunjukkan bungkusan plastik berisi sup belum dibuka tanpa menunjukkan kandungannya.
“Komen dia mengenai sup berharga RM98 yang tular di media sosial itu hanya tunjuk bungkusan plastik yang belum dibuka dari pandangan atas.
“Kenapa tak buka bungkusan tu untuk tunjuk apa isi yang diambilnya sampai kena caj RM98? Pandangan atas tu hanya nampak sup saja,” katanya sambil menegaskan bahawa dia tidak mempunyai pertalian dengan pelanggan tersebut. 


Walaupun tanda harga sudah dipamerkan oleh peniaga, pelanggan ada hak untuk bertanya jika timbul sebarang keraguan.
Menurut ibu enam anak itu, harga yang dikenakan tinggi sekiranya pelanggan mengambil banyak isi atau lemak seperti yang didakwanya.
“Kalau dia sebut lemak maksudnya tu urat keting yang harganya memang lebih tinggi berbanding yang lain, ikut tanda harga sehingga RM18 sekeping. Dan dia cuma ambil satu keping saja sebelum ia dipotong kepada beberapa bahagian,” katanya.
Sebelum beli tanya dulu harga. Kalau ambil sikit saja takkan sampai RM98? Kalau betul dia ambil sedikit tapi kena RM98, kenapa beli juga?

GIEANNA ALI

Pelanggan tetap gerai sup bazar Ramadan TTDI

Jika benar harga yang dikenakan melampau, Gieanna berkata, gerai tersebut sudah lama mendapat aduan atau menjadi tular sehingga menjejaskan perniagaannya. 
“Gerai ni ‘legend’ dah berbelas tahun berniaga di bazar TTDI. Kalau betul harganya melampau, tak mungkin dia dapat bertahan dan orang masih datang beli.
“Kalau harganya ‘cekik darah’, takkan saya masih beli dari waktu saya belum kahwin pada 2005 sampai sekarang dah ada enam anak,” katanya.

Kebiasaannya, harga sup campur yang dijual di bazar Ramadan bergantung kepada jumlah isi atau bahan yang diambil.
Bagaimanapun dia tidak menyalahkan pelanggan tersebut seratus-peratus kerana ia mungkin pengalaman pertamanya mengambil usus, perut dan urat keting untuk sup.
Namun Gieanna berkata, sebagai pelanggan mempunyai hak untuk bertanyakan peniaga sekiranya harga yang dikenakan dianggap tidak munasabah.
“Sebelum beli tanya dulu harga. Kalau ambil sikit saja takkan sampai RM98? Kalau betul dia ambil sedikit tapi kena RM98, kenapa beli juga?
“Patut tanya makcik gerai tu macam mana boleh sampai RM98. Kita ada hak sebagai pengguna, kalau harga tak munasabah boleh tanya dan minta dia buat pengiraan.
“Bukannya terus beli walaupun mahal lepas tu buat posting mengadu. Dakwaannya dibuat tanpa bukti apakah isi yang diambil. Hanya tunjuk bungkusan plastik berisi sup daripada pandangan atas sahaja jelas meragukan,” katanya.

2 comments:

I said...

Soalselidik dulu harga barang. Biar terang. Orang punya barang... kita punya wang. Ada hak masing2. Kalau tak pasti tanya dulu harganya... nanti tak cukup duit kita jugak yang malu. Jadi bermasam muka pula dengan penjual. Gerai yang famous dan terkenal pun kadangkala silap kira. Atau mungkin pelanggan lain punya.. adalah kesilapan di mana2 tu. Hari baik..bulan mulia ini sepatutnya ambillah barakah... bersabar dalam menghadapi ujian nafsu amarah.

Anonymous said...

Mana menteri hal ehwal pengguna?...kenape pegawai tak round periksa tanda harga?..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung