Nuffnang

Thursday, May 16, 2019

Wow !!! Bimbang keindahan jambatan angkat dicemari sisa buka puasa, kesanggupan jurugambar ini akan buat anda kagum!

Pemandangan memukau dengan latar belakang binaan ikonik jambatan angkat yang menjadi lokasi pilihan penduduk setempat untuk berbuka puasa. -foto Facebook Fadzil Ismail.

SEKALI pandang seperti lokasi pelancongan terkenal di luar negara, namun siapa sangka ia sebenarnya di Terengganu sahaja.
Mercu tanda terbaharu negeri itu, jambatan angkat yang menghubungkan Muara Selatan Pusat Bandaraya dan Muara Utara Seberang Takir (Kuala Terengganu – Kuala Nerus) menjadi lokasi pilihan penduduk setempat untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Foto pemandangan cukup mempesonakan dengan sinaran mentari senja yang menghiasi langit itu dimuat naik oleh jurugambar, Fadzil Ismail pada Isnin. 
Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima ratusan perkongsian daripada pelayar Facebook.
Bercakap kepada mStar, pemuda berusia 26 tahun yang mesra disapa Fadzil itu berkata, penularan foto berkenaan disifatkan sebagai satu kaedah untuk mempromosikan negeri Terengganu kepada orang luar.

"Jambatan ni merupakan mercu tanda baharu negeri ini. Walaupun belum rasmi, kawasan sekitar seperti padang di pekarangan pesisir Payang tu dah jadi lokasi tumpuan.
"Sebenarnya idea untuk rakam gambar tu timbul secara spontan sahaja. Ia dirakam pada Isnin. Kebetulan pula cuaca elok, dapat pemandangan matahari terbenam.
"Saya rakam guna dron sekitar pukul 7 petang. Saya turunkan dron dalam tiga minit, terus masuk waktu berbuka puasa," ujar Fadzil sewaktu dihubungi pada Selasa.


Fadzil sudah tiga tahun berkecimpung dalam bidang fotografi.
Menurut Fadzil, orang ramai memilih lokasi itu untuk berbuka puasa kerana kawasannya yang lapang, ditambah pula dengan pemandangan jambatan ikonik berkenaan.
Selain itu, terdapat juga bazar dan ekspo Ramadan berdekatan lokasi berkenaan, sekali gus memudahkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa.
Bagaimanapun, Fadzil berasa bimbang andai keindahan kawasan itu tidak kekal lama, menyebabkan dia meluangkan masa lebih lama untuk melihat keadaan yang ditinggalkan oleh orang awam selepas berbuka puasa di situ.
"Orang buka puasa sambil nak tengok view. Tambah-tambah pula ia mercu tanda baharu. Cuma saya harap kebersihan dijaga di lokasi itu.
"Alhamdulillah, pada hari tu saya tunggu sampai semua beredar, tahap kebersihan memuaskan. Orang tak buang sampah merata.


Penduduk sekitar memilih lokasi ini sebagai tempat untuk berbuka puasa bersama sahabat dan rakan-rakan.
Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen berhubung keindahan tarikan terbaharu itu.
Malah, segelintir netizen turut memberi peringatan berhubung isu sama memandangkan pernah tular sebelum ini mengenai sekumpulan remaja yang membuang sampah di lokasi berkenaan.


Lokasi bazar dan ekspo Ramadan yang berdekatan turut menjadi tarikan utama bagi lokasi itu.
"Pastikan jaga kebersihan ye, Terengganu negeri molek orangnya, bersih negerinya.
"Pic lawo dah. Ramai-ramai iftar. Mohon jaga kebersihan. Tak mahu nanti ada orang up gambar lepas iftar penuh sampah," tulis netizen menerusi ruangan komen posting itu.
Untuk rekod, Fadzil merupakan jurugambar sepenuh masa kelahiran Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu dan sudah berkecimpung dalam bidang itu selama tiga tahun.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung