Nuffnang

Friday, May 10, 2019

Wow.. “Pandang besar tapi mengutuk kuat” Saya Ada Bulet Baru. Cik B.. Dato Vida

“Pandang besar tapi mengutuk kuat” - Vida tawar hati tak dapat apa yang sepatutnya dapat


Vida mendedahkan beliau menaja program berbentuk keagamaan ketika ini.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menafikan cakap-cakap bahawa dirinya jatuh miskin gara-gara sudah lama menyepi dan jarang muncul di televisyen. 
Menyifatkan pihak yang menimbulkan dakwaan tidak berasas itu sebagai mulut biawak, Hasmiza mendedahkan beliau masih lagi aktif menaja program di televisyen seperti tahun-tahun sebelum ini.
Cuma kali ini, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) berkata, penajaannya lebih kepada program berbentuk keagamaan.
"Bukan tak taja, you all yang tak tahu. Kalau muncul kat TV orang kata menyemak, asyik taja hiburan saja. Saya sebenarnya masih aktif tapi taja program Islamik.
"Program Islamik kalau taja tak ada orang pandang. Kalau (taja program) agama ni tak ada yang sentuh. Kalau hiburan orang nampak, pandang besar tapi mengutuk kuat.


Vida merupakan penaja program Gegar Vaganza selama empat musim.
"Bila saya buat baik tak ada siapa pandang. Kamu tonton TV Al-Hijrah setiap hari selama dua bulan ini, kita pakat ngaji Quran. Tempoh hari saya buat rancangan Diva bersama DSV di stesen TV sama," katanya kepada mStar.
Ketika ini Vida menaja program Tadabbur Al Quran DSV bersama Ustazah Sharifah Khasif yang akan bersiaran di TV Al-Hijrah bermula pukul 7 hingga 8 pagi  sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
Menurut usahawan kelahiran Machang, Kelantan ini, beliau kurang menonjol kerana ingin memberi laluan kepada anak perempuannya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin untuk berniaga.
"Loni bagi anak bisnes, mak-mak rehat je. Lagipun produk Cik B meletup kebabom. Ambik ko... mengata tak habis-habis.
"Apa pun saya boleh rehat sikit. Saya malas nak pergi (majlis) glamor-glamor ni. Suatu ketika itulah orang ramai inginkan tapi pada saya, saya keluarkan bullet yang hebat (Cik B)," katanya.


Cik B aktif mempromosikan snek keluarannya. 
Dalam pada itu, Vida berkata, pengalaman suka duka selama beberapa tahun dalam industri hiburan sebelum ini turut membuatkan dirinya serik dan tawar hati untuk menjadi penaja.
"Program hiburan ni kalau yang kebabom oklah. Ini hiburan sendu je buat apa. Sendu sana, sendu sini. Taja yang aummm... yang mengancam.
"Bagi cadangan dekat saya program apa nak taja. Lepas tu tak payah saya duduk terhegeh-hegeh tau.
"Ini saya tengok sponsor lain boleh je duduk dekat kerusi juri. Kita ni duduk ntah apa-apa, asyik melukut. Menaja pun susah sebab tak dapat apa yang sepatutnya kita dapat," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Klu taja sja pah tu tak payah sibuk2 muka duduk situ tak buleh ker?

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung