“Min… Aku banyak buat dosa pada kau, aku minta maaf” - Azwan Ali mahu berbaik dengan Azmin
SEMPENA kedatangan Syawal yang mulia ini, selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali tampil membuat pendedahan mengenai hasratnya yang lama terpendam untuk berbaik semula dengan abangnya, Azmin yang diketahui umum sebagai seterunya.
Bercakap kepada mStar secara eksklusif, Azwan berkata, hatinya mula terdetik untuk berbaik semula dengan Azmin, 54, selepas peminat-peminat bertanyakan status hubungannya bersama abangnya itu, menjelang Hari Raya Aidilfitri.
“Peminat-peminat ada tanya saya, tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ni. Banyak kali juga mereka tanya sampai lah dah raya sekarang.
Azwan Ali mengakui sebagai adik perlu beralah dengan abangnya. Foto instagram divaazwanavazztersohor
“Di hari baik bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia. Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap; Min (Azmin) selama ni aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min,” kata personaliti berusia 53 tahun ini ketika berkongsi hasratnya kepada mStar.
Umum mengetahui sejak sekian lama hubungan adik beradik antara Azwan yang juga lebih dikenali sebagai Diva AA dan Azmin begitu tegang, dengan siri serangan peribadi daripada selebriti penuh kontroversi itu sebelum ini.
Azwan yang berhijrah ke London sejak Februari lalu berkata, kerelaan hatinya untuk berdamai dengan Azmin bukan sahaja kerana mengenangkan menteri itu adalah abang kandungnya tetapi turut memikirkan didikan arwah ibu bapa mereka.
Azmin Ali.
“Saya akui sebelum ini begitu keras hati, tapi orang tak tahu apa yang dilalui antara kami adik-beradik kerana ia hal peribadi dan keluarga. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.
“Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya yang sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya,” tambah Azwan.
Azwan berharap permohonan maaf secara terbuka itu disambut baik abangnya itu dan tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak.
“Hasrat saya ini untuk berbaik dengan Azmin bukan disebabkan politik, tetapi kerana kerelaan saya sendiri.
“Sebab bila saya fikir sampai bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat, tapi adik-beradik kan... ibarat air yang dicincang tak akan putus.
“Hati yang terdetik untuk berbaik-baik ini baru saja hendak bermula, maka berikanlah saya masa. Mohon semua pihak tidak mengecam saya, sebaliknya mendoakan yang baik-baik,” katanya.
Ditanya adakah dia bersedia untuk bersemuka dan bermaafan dengan Azmin sekiranya diberi peluang, Azwan menjelaskan perkara itu adalah sebaik-baiknya.
Kenangan... ketika kunjungan Azmin (kiri) ke kediaman Azwan pada 2009, turut kelihatan ibu cinta, Allahyarham Che Tom Yahya.
“Saya tahu dia seorang yang begitu sibuk. Sebelum jadi menteri pun sangat sibuk, apatah lagi sekarang. Cukuplah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya.
“Tapi, sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa dengan saya, sudah tentu saya sedia dengan hati terbuka.
“Bersalam dan bermaafan bersama abang, ibarat satu mimpi yang amat bermakna. Jika berlaku, ia akan menjadi kemaafan dendam yang terindah,” katanya.
5 comments:
Memang kena mintak.maapsebab azmin sudah menteri..kalo azmin kalah tak ada cerita maap maap ni
Kau apa hal.... Jeles la betu diaebaik...
Org yg x suka manusia berbaik2... Adik beradik apa ye.....😁😁😁
Jangan ikut perangai iblis atau pun Abu Lahab
Jangan ikut perangai iblis atau pun Abu Lahab
Video terbaru azwan ali mengutuk dan mengeji perlakuan azmin dlm video semburit. Hukum karma krn menderhaka kpd ibubapa serta membuat fitnah ke atas adik beradiknya sendiri.
Post a Comment