Nuffnang

Monday, June 10, 2019

Viral !!! Seram sejuk rumah terbuka Hari Raya muncul 'tetamu tak diundang', "Rambut mengerbang, duduk atas balang kuih raya"

Penampakan lembaga seperti wanita dengan rambut mengerbang di ruang tamu semasa rumah terbuka Hari Raya di Jelebu, Negeri Sembilan. Foto ihsan Ramlah Kassim.

KEMERIAHAN sambutan Syawal sebuah keluarga besar bertukar 'seram sejuk' dengan kehadiran 'tetamu tidak diundang' di sebuah rumah terbuka Hari Raya.
Semuanya gara-gara gambar penampakan 'lembaga' menyerupai seorang wanita dengan rambut mengerbang bersama tetamu-tetamu di ruang tamu rumah.

"Misteri Syawal ke-3, 'tetamu tidak diundang' muncul di hadapan kami tanpa disedari. Biasa tengok dalam FB (Facebook), ni kena kat diri sendiri... serammmm ni, naik bulu roma I tau," menurut perkongsian seorang wanita di laman sosialnya sehingga menjadi tular.
Wanita berkenaan, Ramlah Kassim, 41, memberitahu, kejadian berlaku pada Hari Raya ketiga, Jumaat lalu di rumah abangnya di Jelebu, Negeri Sembilan.


Bulatan merah menunjukkan penampakan lembaga yang tidak dikenal pasti.
Menurut Ramlah, gambar tersebut dirakamkan oleh anak saudara lelakinya menerusi aplikasi kamera grup sembang WhatsApp pada waktu Maghrib, kira-kira pukul 7.58 malam.
"Anak buah saya ambil gambar di ruang tamu, dia terus kongsi di grup WhatsApp saudara-mara kami. Dalam gambar tu ada nampak saya sekali yang sedang makan mi goreng.
"Lepas dua minit gambar tersebut dikongsi, kakak saya tiba-tiba yang tengah duduk bangun ajak saya ke luar rumah sebab nak beritahu sesuatu.
"Kakak kemudian tunjuk gambar yang anak buah saya rakam kepada saya. Hanya Tuhan saja yang tahu, masa tu saya memang terkejut bila tengok ada penampakan seperti seorang wanita dengan rambut mengerbang di dalam gambar, betul-betul dekat tempat saya, kakak dan anaknya duduk," katanya kepada mStar.


Imej lembaga dengan lebih dekat.
Ramlah berkata, dia bersama kakak kembali masuk ke rumah dan membuat pengumuman meminta ahli keluarga agar memeriksa grup Whatsapp di dalam telefon masing-masing.
"Bila semua periksa telefon, masing-masing terkejut tapi apa yang lebih mengejutkan kerana tiada sesiapa pun berada di kedudukan lembaga itu sebagaimana yang dilihat di dalam gambar.
"Yang ada hanyalah satu balang kuih raya biskut pelangi yang dibiarkan terbuka untuk dimakan. Mengikut lokasinya, lembaga tu macam tengah duduk atas balang di atas lantai. Bila tengok balik, tak ada apa-apa," ujar anak bongsu daripada 14 beradik itu.

M

Ibu empat anak itu memberitahu, akibat kejadian itu, dia tidak menghabiskan makanan mi segera dan tiada lagi ahli keluarganya yang mahu makan biskut tersebut dengan balangnya dibiarkan di sudut ruang tamu.


Kejadian berlaku semasa saudara-mara Ramlah sedang menikmati juadah Hari Raya.
Ramlah yang berasal dari Mambau, Negeri Sembilan bagaimanapun berkata, tiada perkara aneh berlaku atau sesuatu menimpa keluarganya susulan kejadian misteri itu.
"Syukur dalam grup Whatsapp semua kata okay. Abang yang tuan rumah pun okay. Tapi, netizen kata macam-macam, saka lah, orang hantar sesuatu dan macam hantu Kak Limah.
"Dalam seram tu ada kelakarnya sebab lembaga rambut mengerbang tu seperti memakai baju kurung Kedah. Macam netizen kata, hantu datang beraya," katanya secara berseloroh.


Ramlah (baju merah) bergambar sebelum insiden penampakan berlaku.
Dalam pada itu, Ramlah yang merupakan penyelia di sebuah kilang menegaskan bahawa gambar tersebut adalah asli bukan disunting sebagaimana yang didakwa segelintir netizen.
Pada masa sama, dia mendedahkan bahawa kakaknya sekeluarga merupakan kumpulan terakhir tiba di rumah abangnya pada hari kejadian.
"Kakak datang pukul 7.40 malam, mungkinlah 'benda' tu masuk rumah Wallahualam. Orang kata tak elok keluar masuk waktu senja sebab ada makhluk halus. Kesimpulannya, bila nak datang beraya kenalah pada waktu yang sesuai," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung