Nuffnang

Tuesday, June 11, 2019

Wow !! Gadis nakal cuak selepas buat IG Story suruh abang motosikal 'bye balik'... “Dia nyaris langgar pakcik di sebelahnya”

Gadis nakal cuak selepas buat IG Story suruh abang motosikal 'bye balik'... “Dia nyaris langgar pakcik di sebelahnya”

Kamila (gambar kecil) tampil memohon maaf kepada penunggang dan pembonceng motosikal yang diusiknya.
"SERIK. Lepas ni saya tak mahu buat perangai macam tu dah," luah seorang gadis yang mengusik seorang penunggang motosikal.
Gara-gara teguran nakal Nurul Adlin Kamila Mohd Jesmi, 20, seorang penunggang dan pembonceng motosikal nyaris terbabit kemalangan.
Menurut Nurul Adlin Kamila atau lebih mesra disapa Kamila, tindakannya menegur 'bang bye la balik' kepada penunggang motosikal tersebut dari dalam kereta ketika tingkap sedang terbuka hampir menyebabkan pemuda berkenaan berlanggar dengan penunggang lain di depannya.
"Saya dan kawan dalam perjalanan untuk beraya di sekitar Tambun (Perak). Ketika berhenti di lampu merah, saya mula merakam video untuk dimuatkan dalam Insta Story.

Kamila berniat untuk menyakat penunggang motosikal yang lalu di sebelah keretanya.
"Tak sangka pula tiba-tiba kereta terus berjalan. Dalam rakaman tu saya nampak ada sebuah motosikal di belakang.
"Saya pun saja-saja kacau suruh penunggangnya cakap 'bye'. Memang perangai kami suka mengacau orang," jelas Kamila kepada mStar.
Jelas anak kedua daripada tiga orang adik beradik ini, dia langsung tidak menyangka niat untuk mengusik penunggang motosikal tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain.
"Dia nyaris berlanggar dengan seorang pakcik di sebelahnya. Memang saya rasa bersalah sangat... serik. Saya tak mahu buat perangai macam ni dah.
"Kebetulan pembonceng motosikal tu ada 'DM' saya tanya 'kenal tak gambar ni?'.
"Saya terus minta maaf dengan dia. Memang takut masa tu, risau sebab usikan saya tu boleh membuatkan mereka terjatuh," jelasnya.

Kamila turut memuat naik video tersebut di Twitternya dan mendapat ulang kicau (Retweet) lebih 18,000.

Mesej yang diterima Kamila daripada pembonceng motosikal yang diusiknya.
Malah ramai juga netizen lain turut mengusiknya dengan menyatakan apa yang berlaku adalah 'bukti lelaki tewas dengan teguran perempuan'.
"Saya tak sangka video itu menjadi viral. Lebih mengejutkan dalam banyak-banyak komen, ada juga yang mengutuk gigi saya.
"Terkejut pun ada, cuma saya ambilnya sebagai positif. Mulut orang memang kita tak boleh kawal. Ramai je orang akan 'membawang'.

Kamila mengambil positif kritikan terhadap giginya.
"Saya tak kisah pun dan gembira dengan keadaan gigi (gigi berlapis) saya ni," ujar pelajar lepasan STPM ini.
Dalam pada itu Kamila berkata, keluarganya juga tahu mengenai video tersebut yang tular.
"Sebelum ini apa sahaja video yang saya buat tak sampai kepada mereka. Kali ni dah kantoi. Mereka hanya gelak apabila melihat muka saya 'cuak' dalam video itu.
"Lagipun keluarga dan kawan-kawan tahu saya ni jenis yang suka menyakat," ujarnya.

1 comment:

mahligaiseni said...

Apa faedahnya siar cerita ini? Yang saya nampak, macam nak popularkan minat senget ini sahaja.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung