Nuffnang
Tuesday, March 24, 2020
Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor
Tular video pesakit terbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika tunggu giliran jumpa doktor
Video yang tular menunjukkan beberapa pesakit berbaring di lantai hospital di Sepanyol ketika sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Foto: Newsflash
SATU rakaman video yang tular di media sosial mengejutkan warga maya, apabila ia memaparkan beberapa pesakit berbaring di lantai sebuah hospital di Madrid, Sepanyol.
Dilaporkan, mereka sedang menunggu giliran untuk diperiksa oleh pegawai perubatan.
Menerusi video itu, kedengaran beberapa pesakit sedang batuk.
Malah kelihatan beberapa pesakit berada di sebelah tangki oksigen.
Video itu dirakam di Hospital Infanta Leonor dan Hospital Severo Ochoa de Leganes, diterbitkan oleh media tempatan dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang duduk di rumah dan mematuhi perintah penjarakan sosial (social distancing).
Hospital Severo Ochoa de Leganes mengesahkan bahawa mereka 'tidak menerima lebih ramai pesakit' kerana mereka berada di dalam 'kapasiti maksimum', lapor akhbar El Mundo.
Sepanyol kini menjadi negara keempat tertinggi yang mencatatkan kes kematian akibat Covid-19, selepas Itali, China dan Iran.
Negara itu kini merekodkan lebih daripada 33,089 kes Covid-19.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
(Hannah Yeoh....bakal Speaker DUN Selangor menurut Dr Halimah Ali) Semua Exco PKR dan Speaker Selangor adalah wanita KUALA LUMPU...
-
Galeri Hutan Paya Bakau Di Atas Jeti Semeling Berlatar belakang Paya Bakau Bersama Keluarga Salam buat semua, Semalam Mas Aji dan keluarga ...
-
Majlis Khaled Nordin Dipukul Ribut, Petugas Media Dihempap Khemah Petugas, tetamu utama dan pegawai Kementerian Pengajian Tinggi, nyari...
-
Dahsyatt GST punya pukulan Ini Pekerja Psaraya susun barang atau sedang beratur untuk membuat bayaran di kaunter. nampak ma...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Pihak Kufar Cuba Membina Patung Yang Seolah sedang berdoa. ke langit Allah Hu Akhbar, Bukti Kekuasaan ...
-
Huhu..ikan kembung sampai rege..rm 12 sekilo..patutke. luqman.ridhwan@kosmo.com.my KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta b...

No comments:
Post a Comment