Jijik! Pelanggan biarkan sampah bersepah selepas restoran makanan segera dibuka semula
PENGOTOR! Barangkali itu adalah gambaran kepada segelintir pelanggan sebuah restoran makanan segera di Bury, Manchester di United Kingdom (UK), yang membiarkan longgokan bungkusan makanan bersepah di luar restoran itu.
Sekeping gambar yang menunjukkan keadaan menjijikkan itu tular di media sosial sehingga membangkitkan kemarahan warga Britain.
Rangkaian restoran makanan popular yang terkenal itu kembali membuka cawangannya di seluruh UK secara berperingkat.
Sebelum ini, ia ditutup pada 23 Mac lalu kerana perintah berkurung berikutan penularan wabak Covid-19.
Seorang lelaki berusia 46 tahun menyedari keadaan yang berlaku di kawasan parkir Moorgate Retail, semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, pagi Sabtu lalu.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab. Foto Wayne Hood/MEN
Wayne Hood merakamkan beberapa gambar kejadian dan memuat naiknya di laman Twitter.
"Tak percaya," tulisnya.
"Saya bekerja sepanjang lockdown sebagai petugas barisan hadapan, tak melihat keadaan itu begitu bersih.
"Beberapa kedai dibuka dan keadaan seperti ini berlaku semalaman,
"Tindakan yang begitu mengejutkan," katanya. - Daily Star
No comments:
Post a Comment