Jualan laris sepanjang
bulan Ramadan... 8 selebriti popular ini 'tak menang tangan' layan tempahan
pelanggan!
Selebriti meniaga
sepanjang tempoh PKP dan bulan Ramadan ini.
RAMADAN dianggap bulan
rezeki dan menjadi waktu sesuai untuk segelintir masyarakat menambah sumber
pendapatan dengan menjalankan perniagaan.
Ini termasuklah
golongan selebriti yang tidak terlepas peluang dengan menjalankan perniagaan
dari rumah khususnya bisnes makanan dan mempromosikan produk mereka melalui
laman sosial masing-masing.
Rata-ratanya tak
menang tangan melayan pelanggan dan kebanyakan tempahan yang diterima adalah
daripada peminat yang teruja untuk merasa masakan artis kesayangan mereka.
Kali
ini mStar senaraikan lapan selebriti popular yang menjalankan perniagaan
sepanjang bulan Ramadan ini.
1.
Fendy Bakry
Pelakon yang popular
menerusi drama Mr Grey, Fendy Bakry menjalankan perniagaan kuetiau
goreng, sejak awal tahun ini.
Fendy tumpu perniagaan makanan sepanjang tempoh PKP.
Bagaimanapun, dia
mula memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan makanan ini apabila tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu.
Fokus dengan
perniagaan kedai makan miliknya Bhenang Kitchen di Kampung Baru merupakan salah
satu idea untuk menambah sumber pendapatan tambahan pula ketika industri
berdepan cabaran akibat penularan wabak Covid-19.
2.
Zara Zya
Pelakon cantik ini
menjalankan perniagaan Zara Zya Cooks yang menyediakan pelbagai menu hidangan
yang boleh dibeli oleh pelanggan secara atas talian.
Zara sediakan menu istimewa untuk pelanggan.
Menurut Zara Zya, dia
berkongsi menu-menu istimewa dari air tangannya sendiri dan lebih menarik hasil
jualan turut disalurkan ke tabung Zara Prihatin yang bertujuan membantu
golongan yang memerlukan di bawah kerjasama Prihatin Tanpa Sempadan.
3.
Siti Elizad
Pelakon dan
pengacara, Siti Elizad Sharifuddin sudah menjalankan perniagaan roti john, NZ
Roti John sejak beberapa tahun lalu.
Siti Elizad perkenalkan roti john istimewa.
Bagaimanapun,
tempahan makanan itu meningkat apabila menjelang bulan Ramadan. Sehingga kini
dia telah memiliki beberapa cawangan di Selangor, Putrajaya dan Perak.
4.
Uqasha Senrose
Pelakon Uqasha
Senrose kini sibuk di dapur menyiapkan biskut raya yang ditempah peminat dan
pengikut laman sosial.
Uqasha menyiapkan biskut raya yang ditempah pelanggan dari rumah.
Menurut Uqasha, dia
perlu menyiapkan sehingga 200 balang biskut Arab yang menggunakan menggunakan
resipi turun-temurun nenek moyang diberi nama Something Sweet by The Four
Sisters.
5.
Hazama
Penyanyi Hazama
bersama isterinya Genervie Kam menjalankan perniagaan asam laksa sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan Ramadan ini.
Hazama sanggup hantar tempahan ke rumah pelanggan.
Malah, dia turut
membuat kejutan dengan menghantar sendiri tempahan kepada pelanggan sebagai
tanda terima kasih kepada pembeli yang menyokong perniagaan kecil mereka.
6.
Shima Anuar
Pelakon Shima Anuar
mula menjual laksam sejak seminggu lalu selepas air tangannya itu dipuji jiran.
Tempahannya terus
meningkat sepanjang Ramadan ini apabila dia perlu menyediakan lebih 80 pek
sehari.
Shima terpaksa bersabar melayan karenah pelanggan.
Pertama kali
berniaga, Shima akui berdepan pelbagai cabaran antaranya apabila seorang
pelanggan membatalkan pesanan makanan laksam yang dijualnya pada saat akhir
tanpa memberi sebarang alasan.
7.
Jasmin Hamid
Pelakon Jasmin Hamid
menjalankan perniagaan makanan berupa roti jala kerawang dan kari ayam Mumbai
sejak awal tahun lalu.
Menerusi Instagram,
Jasmin banyak berkongsi mengenai perniagaannya itu dan memaklumkan tempahan
lebih banyak diterima sepanjang tempoh PKP.
Jasmin turut menerima tempahan daripada rakan artis.
"Syukur
alhamdulillah kerana Allah pelihara kesihatan saya dan dengan izin-Nya, saya
dapat masakkan untuk kesayangan saya semua. Saat yang paling bahagia bila kita
dapat tunaikan hajat orang lain dan buat orang lain tersenyum bila menjamah
kasih sayang kita.
"Saya masakkan
dengan penuh kasih sayang dan semoga mendapat keberkahan dari Allah,"
katanya.
8.
Amir Raja Lawak
Laris sepanjang
Ramadan! Air jagung Amirreka yang dijual oleh Amir Raja Lawak mendapat sambutan
hebat pelanggan.
Amir tak menang tangan uruskan tempahan pelanggan.
Perniagaan ini sudah
diusahakan sejak dua tahun lalu dan tempahan meningkat setiap kali bulan
Ramadan.
Lebih istimewa, Amir
bukan sahaja menyediakan air minuman istimewa itu, malah dia turut membuat
penghantaran kepada pelanggan.
No comments:
Post a Comment