Nuffnang

Saturday, May 23, 2020

Kasi Hukuman Berat !!! Amuk! Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabuk


Amuk! Lelaki langgar 5 orang awam hingga cedera dipercayai mabuk

Sebuah kereta yang melanggar beberapa orang awam dalam satu kejadian di perkarangan tapak penjaja dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

BAHANA mabuk! Insiden lima orang awam yang dilanggar kereta oleh seorang lelaki yang mengamuk, dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Kejadian berlaku di perkarangan tapak penjaja di Pekan Bukit Sentosa, dekat Kuala Lumpur, Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pemborong tayar, melanggar gerai serta pengunjung di tapak penjaja itu, menyebabkan lima orang awam cedera.

Beliau berkata, lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (11) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Permohonan reman ke atas suspek telah dibuat dan polis meminta saksi yang berada di tempat kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.

Noor Azam menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian negatif terhadap kejadian itu dan meletakkan sepenuh keyakinan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci

Pada Jumaat, Bernama melaporkan seorang lelaki ditahan selepas mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk cermin sisi keretanya semasa dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak berhampiran Jalan Besar Bukit Sentosa.

Berikutan itu, lima orang mengalami kecederaan akibat dilanggar lelaki terbabit.

Terdahulu, tular di laman sosial yang memaparkan video berdurasi seminit lapan saat dan satu lagi video sama berdurasi 44 saat menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar gerai penjaja serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa. - Bernama


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung