Mesej
‘I miss you’ dibalas, lelaki ini sangka sahabat yang dah meninggal masih hidup
- “Dia cuma kata nak pergi satu tempat”
Carl berkongsi luahan mengenai pemergian rakan baiknya.
Begitulah
yang dihadapi oleh seorang pemuda yang kehilangan seorang sahabat, sehingga
perasaan itu terbawa-bawa apabila dia menerima satu mesej yang dihantar
menggunakan nombor arwah.
"Aku ingatkan best friend aku betul-betul reply
chat, tapi mak dia yang reply. Tenang kau di sana Aleen," tulisnya di
laman Twitter sehingga menjadi tular.
Berkongsi kisah di sebalik tweet itu kepada mStar,
pemuda berkenaan, Muhammad Carliff Haikal Ghazali berkata, rakan karibnya,
Allahyarham Nurul Rozleen Mohd Rozamie atau lebih dikenali sebagai Aleen
dijemput Ilahi pada 11 April lalu kerana apendiks.
Mesej yang dihantar dan mendapat respons daripada ibu arwah.
Mengenai
mesej menerusi aplikasi WhatsApp itu, remaja berusia 19 tahun itu berkata, ia
dibalas pada pada 11 Mei lalu selepas beberapa mesej dihantar ke nombor telefon
milik arwah.
"Saya
mesej ke nombor tu kira-kira sebulan selepas pemergian arwah. Saya mesej hari
Jumaat, dan Isnin baru dapat reply. Memang saya terkejut masa terima mesej tu.
"Saya
terkejut kerana saya ingat dia sendiri yang reply kerana saya rasa seperti dia
masih hidup. Tapi hakikatnya, mesej tu diterima daripada ibunya yang
menggunakan nombor itu selepas arwah meninggal dunia, dan minta saya sedekahkan
surah Al-Fatihah," katanya kepada mStar.
Lebih
mesra dengan panggilan Carl, anak kedua daripada 11 beradik itu berasa sedih
tidak dapat memberi penghormatan terakhir kerana arwah meninggal dunia ketika
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Allahyarham Nurul Rozleen meninggal dunia akibat apendiks.
"Saya
hanya mampu melihat gambar kuburnya. Itupun gambar yang dikongsikan
rakan-rakan. Saya tinggal di Pulau Pinang, dan jenazah dikebumikan di Rawang,
Selangor.
"Arwah
pesan nak jumpa apabila kampus dibuka semula selepas PKP habis, tapi dia
meninggal dalam tempoh PKP," ujar pelajar Universiti Selangor (Unisel)
kampus Bestari Jaya itu.
Saya anggap arwah macam kakak sendiri sebab dia tua setahun
daripada saya. Perkara pertama saya nak buat selepas tamat PKP nanti adalah nak
ziarah kubur arwah.
CARL
Pelajar
jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) itu menyifatkan rakan
karibnya itu sebagai seorang yang sangat matang dalam berfikir.
"Arwah
seorang pendengar setia dan selalu mendengar masalah saya. Dia banyak beri
nasihat sebab Aleen ni jenis seorang yang sangat matang dalam menangani
masalah.
"Cara
berfikir saya banyak berubah sebab Aleen banyak tunjuk ajar. Pemikiran saya
lebih matang berbanding dahulu," katanya yang menetap di Teluk Kumbar di
George Town.
Allahyarham dijemput Ilahi pada 11 April 2020.
Bagaimanapun,
Carl mendedahkan rakannya yang juga model sambilan itu pernah meluahkan tentang
sakit perut yang dialami sejak sebelum PKP dilaksanakan.
“Arwah
tak pernah cakap pasal sakit apendiks, dia cuma cakap dia sakit perut. Dia
susah nak kongsi pasal dia sakit sebab tak nak orang lain risaukan dia.
“Malah,
arwah ada sebut nak pergi bercuti bersama dengan rakan-rakan nanti apabila
keadaan beransur pulih. Dia cuma kata nak pergi satu tempat, tak beritahu ke
mana.
“Tapi
hajat arwah tak kesampaian. Sampai sekarang, saya tak tahu ke mana lokasi yang
dia ingin bercuti sebab dah meninggal dunia.
“Saya
anggap arwah macam kakak sendiri sebab dia tua setahun daripada saya. Perkara
pertama saya nak buat selepas tamat PKPB nanti adalah nak ziarah kubur arwah, ”
katanya.
No comments:
Post a Comment