Nuffnang

Wednesday, August 5, 2020

Tediaa !!! Gara-gara hisap shisha, seorang lelaki bersama 23 rakan positif Covid-19


Gara-gara hisap shisha, seorang lelaki bersama 23 rakan positif Covid-19

Seramai 24 orang menghisap shisha dalam satu kejadian di India. Gambar hiasan

BERMULA daripada menghisap shisha di Gurugram, India, seorang lelaki telah menyebarkan virus Covid-19 kepada 23 orang.

Dalam satu kejadian pada 8 Julali lalu seorang penduduk kampung yang menghadiri satu majlis perkahwinan, menghisap shisha bersama rakan-rakannya.

Seramai 23 kontak rapat dengan lelaki berkenaan.

Pihak berkuasa tempatan di kampung itu kini mengharamkan penggunaan shisha.

Pegawai jabatan kesihatan daerah mengambil tindakan selepas seorang lelaki disahkan positif Covid-19 dan meminta rakan-rakannya menjalani ujian saingan.

Penduduk kampung membentuk satu jawatankuasa untuk memerika penggunaan shisha serta memulakan kerja-kerja sanitasi.

"Apabila kes Covid-19 meningkat secara mendadak di kampung itu, kami mendapati shisha menjadi punca utama penyebaran jangkitan virus.

"Amalan menghisap shisha sering dilakukan di kampung-kampung dan ia perlu dielakkan ketika pandemik Covid-19," ujar pegawai kanan kesihatan hospital awam Jind, Gopal Goyal kepada TOI. - India Times

Kredit Mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung