Nuffnang

Wednesday, August 12, 2020

Wow! Cef kelahiran Pulau Pinang diberi RM1.2 juta promosi juadah Malaysia di Australia... semuanya di Adam Liaw Heritage Kitchen

 

Wow! Cef kelahiran Pulau Pinang diberi RM1.2 juta promosi juadah Malaysia di Australia... semuanya di Adam Liaw Heritage Kitchen

Adam Liaw akan menerbitkan program bagi mempromosikan masakan Malaysia.

BOLEH bayangkan jika ada pihak memberi anda wang tunai RM1.2 juta? Syaratnya, anda perlu memasak juadah Malaysia yang enak!

Ia mungkin kedengaran tidak masuk akal dan tidak pernah berlaku, tetapi itulah yang terjadi kepada cef selebriti kelahiran Malaysia, Adam Liaw.

Kerajaan Australia memberinya geran sebanyak AUD$394,900 (RM1.18 juta) untuk menerbitkan sebuah program masakan bagi memperkenalkan dan mempromosi juadah Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian budaya, rempah ratus dan resepi.



Adam akan menerbitkan program Adam Liaw Heritage Kitchen.

Tidak hanya masakan, penerbitan program itu juga adalah sebagai salah satu usaha kerajaan negara itu untuk mengangkat budaya di antara Australia dan Malaysia menerusi makanan.

Program diberi nama Adam Liaw Heritage Kitchen itu juga akan mengetengahkan produk dan hasil terbaik negara Down Under itu dan digunakan untuk memasak masakan Malaysia.

Di samping itu, Adam akan berkongsi mengenai destinasi pelancongan terbaik di Australia dalam program tersebut.

Bagi yang tidak mengenalinya, Adam adalah pemenang program Masterchef Australia musim kedua pada 2010 di mana beliau telah menewaskan pesaing terdekatnya, Callum Hann.



Adam menjuarai program Masterchef Australia pada 2010.

Dilahirkan di Pulau Pinang, Adam dan keluarganya berhijrah ke Adelaide, Australia ketika usianya tiga tahun.

Bapanya, Dr. Siaw Lin Liaw berketurunan Cina manakala ibunya, Dr. Joyce Hill berketurunan Inggeris berasal dari Singapura.

Adam memberitahu minatnya terhadap dunia masakan ketika menetap bersama neneknya selepas kedua ibu bapanya berpisah, malah dia menyifatkan wanita itu sebagai pengaruh terbesarnya dalam bidang kulinari.

Sebelum menyertai Masterchef Australia, Adam menetap di Jepun dan bekerja sebagai peguam di The Walt Disney.



Adam pernah muncul dalam beberapa program masakan.

Berusia 42 tahun, Adam sebenarnya adalah seorang pelajar pintar apabila menghabiskan persekolahannya di Prince Alfred College pada usia 14 tahun sebelum menyambung pengajian di universiti ketika berusia 16 tahun.

Paling membanggakan, Adam memperolehi ijazah berganda dalam bidang Sains dan Perundangan di University Adelaide pada usianya 21 tahun.

Selepas menjuarai program masakan terkenal itu, Adam turut mengeluarkan beberapa buku masakan selain bergelar kolumnis bagi membicarakan tentang dunia kulinari.

Antara program masakan yang pernah menampilkan Adam termasuklah, Hidden Japan with Adam Liaw, Destination Flavour: Scandininia dan Destination Flavour: Japan.  kredit Mstar

Nak macam-macam info? Join grup mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung