Terima kasih abang polis! Dah habis waktu kerja, tapi sanggup hantar pelajar duduki peperiksaan
SEORANG anggota polis trafik yang baru selesai menjalankan tugas meraih perhatian apabila sanggup membantu menghantar seorang pelajar ke sekolah untuk menduduki peperiksaan.
Anggota polis yang mendapat pujian ramai itu dikenali sebagai Konstabel Muhammad Khairul Azhar Abdullah.
Khairul menjadi perhatian netizen selepas membantu seorang pelajar di Cyberjaya yang terlewat disebabkan oleh satu kemalangan jalan raya di Persiaran Utara, Putrajaya.
Sepupu kepada pelajar itu memuat naik beberapa gambar di laman Twitter, menunjukkan pelajar berkenaan membonceng motosikal yang ditunggang oleh Khairul.
"Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja. Jalan blocked, ada lori kemalangan, dia ada exam pukul 9 pagi.
"Maaf tak tahu nama abang polis ni. Kalau tahu tolong tag nama dia ya!" tulis sepupu pelajar itu menerusi satu ciapan di akaun Twitter @aimadazfar.
Konstabel Muhammad Khairul sanggup menghantar seorang pelajar ke sekolah meskipun telah selesai bertugas. Foto twitter aimadazfar
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Ruki itu memuat naik gambar-gambar sepupunya bersama Khairul pada pagi Rabu.
Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Putrajaya, Asisten Superitendan Mohd Asri Abdul berkata, kesesakan sepanjang 1 kilometer itu disebabkan oleh kemalangan melibatkan dua lori dan tiga kereta, sehingga menjejaskan perjalanan pelajar tersebut.
"Pemandu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi. - The Star
No comments:
Post a Comment