Nuffnang

Monday, November 9, 2020

Ayah tak ada idea” - Pemuda ‘Melayu pure’ dedah kisah di sebalik nama Jepun


Kad pengenalan seorang pemuda dengan nama Melayu-Jepun menjadi tular di Twitter.

SEKALI pandang tangkap layar kad pengenalan seorang pemuda yang tular di media sosial ini pasti disangka milik individu berdarah kacukan Melayu-Jepun.

Menerusi tangkap layar kad pengenalan itu tertera nama Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz yang juga warganegara Malaysia dan beragama Islam.

Tidak... saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu.

"Ramai ingat saya ada berdarah kacukan disebabkan nama saya," katanya kepada mStar.



Perkongsian Afiq di Twitter berhubung namanya mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, nama tersebut diberikan rakan kepada bapanya yang tinggal di negara matahari terbit itu.

"Sebenarnya parents saya tak gemar kartun anime pun. Tapi masa nak letak nama saya tu ayah tak ada idea.

"Jadi dia minta pendapat kawan dia yang tinggal kat Jepun. Lepas tu dia cadangkanlah nama tu," katanya.

Pemuda berusia 20 tahun itu mendedahkan namanya itu turut mempunyai maksud yang baik dalam bahasa Jepun.

"Saya lahir tahun naga. Jadi maksud nama saya tu Rhuichi Yoshiyuki tu naga yang gagah perkasa.

"Kiranya Afiq - naga yang gagah perkasa. Nama saya tu memang ada maksud dalam bahasa Jepun," katanya.



Nama Afiq dikaitkan netizen dengan watak anime dari negara matahari terbit itu.

Dedah Afiq lagi, adik bongsunya turut diberikan nama Jepun oleh kedua ibu bapanya.

"Nama adik bongsu saya Ayuni Erika Onnayuki. Maksud nama adik saya, ibu kata Ayuni tu 'puteri salju'.


"Nama adik saya pun kawan ayah yang sama bagi. Lagipun parents memang minat nama Jepun sebab unik dan ada maksud yang bagus," katanya.

Tambah Afiq, hanya kakak sulungnya diberikan nama sinonim dengan masyarakat Melayu.

"Dalam kami tiga beradik, hanya kakak saya je nama Melayu. Kakak saya nama Anis Natasha Elia.

"Memang berbeza sangat dengan nama kami berdua yang diselitkan dengan nama Jepun," katanya.



Antara komen netizen pada posting Afiq di Twitter.

Ditanya mengenai reaksi orang sekeliling mengenai namanya itu, Afiq mengakui dia kerap kali diejek semasa di bangku sekolah.

"Selalu jugalah kena ejek masa sekolah rendah dan menengah. Macam-macamlah nama diaorang sebut sampaikan saya terdiam jugalah.

"Tapi paling saya sedih bila orang cakap nama tak ikut Islam. Bila ada yang kecam tu saya just ignore sajalah. Bagi saya nama Afiq dah Islam cuma belakang tu je dalam bahasa Jepun," katanya.

Tangkap layar kad pengenalan Afiq tular di Twitter apabila dia berkongsi perkara itu di platform media sosial tersebut.

Perkongsiannya itu mendapat 9,000 tanda suka dan 4,900 ulang kicau.



Afiq (dua dari kiri) bersama rakan seuniversitinya.

Rata-rata netizen memberi respons mencuit hati terhadap perkongsiannya itu.

"Aduh nama bapa bukan main Melayu, sekali nama anak, macam adik-beradik Sasuke," tulis Arif.

"Nasib baiklah lafaz nikah sebut nama perempuan," kata Esya. Join grup Telegram mStar!


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung