Berlumba di jalan raya hingga anak 3 tahun terkorban dalam kemalangan, bapa dihukum penjara empat tahun setengah
SEORANG bapa dipenjara selama empat tahun setengah selepas didapati bersalah memandu dengan kelajuan melebihi 100 km/j sehingga menyebabkan anaknya terkorban dalam satu kemalangan ngeri.
Israr Muhammed, 41, yang memandu Honda Civic hilang kawalan ketika dia berlumba dengan seorang lagi pemandu, Adam Molloy, 29, di East Yorkshire pada Julai 2018.
Anak lelaki Israr, Say Han Ali, 3, mengalami kecederaan serius di kepala selepas kereta mereka hilang kawalan sebelum berpusing dan menghentam sebatang pokok.
Isteri Israr, Safeena Ali pula mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian otak da n terlantar beberapa bulan di hospital dalam keadaan koma.
Anak perempuan mereka yang berusia 11 tahun mengalami beberapa kecederaan di muka, manakala seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia lapan tahun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Hakim David Tremberg yang menjatuhkan hukuman terhadap Israr dan Molloy, dalam penghakimannya berkata Israr dilihat memandu 'dengan cara yang tidak menentu dan tidak selamat' sepanjang beberapa kilometer sebelum kemalangan, gagal memberi laluan di bulatan dan membahayakan lalu lintas.
Israr didapati bersalah menyebabkan kematian serta kecederaan serius dengan memandu secara berbahaya.
Sementara itu Molloy juga dipenjara selama empat tahun setengah.
Kedua-dua lelaki itu juga diharamkan memandu selama enam tahun tiga bulan. - Metro.co.uk..Tq Mstar
No comments:
Post a Comment