Nuffnang

Monday, November 30, 2020

Dari kokpit ke restoran... 5 kapten bersemangat ubah nasib, berani ceburi bidang baharu



Kapten Azrul Jakim dan Kapten Fredrick Jeremy bersama-sama kakitangan AirAsia yang diambil semula di cawangan Santan PKNS Shah Alam.

SELEPAS hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia, nampaknya masih belum ada tanda-tanda ia bakal lenyap daripada kehidupan manusia.

Bagaimanapun kesannya jelas, jutaan manusia sudah dijangkiti wabak itu dan bertambah buruk apabila pelbagai sektor ekonomi juga terpaksa gulung tikar atau membuang pekerja bagi mengurangkan kos.


Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia juga tidak terlepas daripada kesan pandemik ini sehingga terpaksa mengambil pelbagai langkah survival untuk terus kekal beroperasi.

ADVERTISING

Ini termasuklah melakukan transformasi digital dan membuka peluang baharu perniagaan bukan penerbangan seperti Restoran Santan yang semakin berkembang.

Dalam situasi semasa yang mencabar, Santan berjaya melangkah kehadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid dan tiga francais lain di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Shah Alam.



Kapten Azrul Hakim (kiri) dan Kapten Syamim Shahabuddin optimis dapat berjaya dalam bidang F&B.

Pembukaan cawangan terbaharu ini juga membuka peluang kepada kakitangan AirAsia atau Allstars iaitu Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin untuk memulakan kerjaya baharu bersama Santan.

"Pandemik ini membuatkan saya menilai semula perancangan jangka panjang dalam kerjaya saya. Kita semua harus bermula di suatu tempat dan saya percaya Santan adalah langkah tepat untuk menceburkan diri dalam industri F&B," kata Fredrick yang juga seorang jurulatih pesawat jenis A320.

Bagi Chin Hooi, Mohamed Shafiran dan Syamim pula, mereka memilih perniagaan ini kerana ingin menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka memandangkan ketika ini tidak dapat berkhidmat berikutan sempadan antarabangsa masih ditutup.

Mengakui industri makanan adalah baharu buat mereka namun lega apabila mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak pengurusan Santan seperti mencari lokasi terbaik serta menyediakan kakitangan memandangkan mereka masih tiada pengalaman dalam industri F&B.


Sediakan payung sebelum hujan

Bagi Azrul Hakim, meskipun situasi sekarang sangat mencabar namun dia tidak teragak-agak untuk merebut peluang memulakan perniagaan.

Malah sebelum ini, Azrul Hakim pernah memulakan perniagaan francais dengan salah sebuah jenama minuman bubble tea popular dan berjaya.

Menyedari potensi francais Santan, Azrul mengambil peluang untuk membuka dua francais Santan di PKNS Shah Alam bersama rakannya, Fredrick dan AEON Shah Alam pada bulan ini.

"Kaji selidik juga penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda.



Kapten Azrul Hakim dan rakan perniagaannya bersama Catherine Goh, Pengurus Besar Santan di cawangan Santan AEON Shah Alam.

"Kami telah melakukan perbandingan dengan perniagaan francais lain dalam kategori yang sama dan mendapati Santan menepati pelan perniagaan kami terutamanya dengan sokongan mereka, ” tambah Azrul Hakim dan Fredrick.

Mohamed Shafiran dan Syamim yang bekerjasama untuk membuka francais Santan mereka pada suku pertama tahun 2021, berkata, mereka memilih Santan kerana jenamanya boleh membantu meminimumkan risiko perniagaan berbanding menubuhkan jenama sendiri.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung