UAE buat rombakan... undang-undang berkaitan alkohol diringankan, pasangan tak berkahwin boleh tinggal bersama
MINUM alkohol di tempat awam dan tinggal bersama tanpa sebarang ikatan yang sah tidak lagi diharamkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Itu antara pembaharuan berkaitan undang-undang Islam yang dilakukan negara Arab itu pada Ahad lalu selain memperketatkan hukuman gangguan seksual terhadap wanita. Sebelum ini, sesiapa sahaja yang ditangkap minum di kawasan awam atau menjual minuman keras tanpa lesen boleh didakwa di mahkamah.
Malah, umat Islam turut dijatuhi hukuman sehingga 80 sebatan sekiranya ditangkap minum alkohol di tempat awam.
Begitu juga sekiranya pasangan ditangkap bersekedudukan akan dihukum penjara selama beberapa bulan.
Namun pihak berkuasa jarang menyiasat tuduhan tersebut melainkan jika kesalahan berzina.
Ramai rakyat di negara itu menutup mata sejak kebelakangan ini terutamanya di destinasi pelancongan seperti Dubai di mana hotel tidak mampu menolak tempahan pasangan belum berkahwin.
Warga asing yang tinggal di UAE ketika ini juga dapat mengikut undang-undang negara asal mereka mengenai perceraian tanpa terikat dengan undang-undang mahkamah syariah tempatan.
Menurut agensi berita tempatan WAM, pembaharuan itu bertujuan untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial negara itu selain menggabungkan prinsip toleransi UAE. - Metro.co.uk
1 comment:
Bila dah boleh terima kerajaan zionis, apa pun boleh. Apa yg nak di herankan
Post a Comment