Nuffnang

Wednesday, December 2, 2020

Serbuan polis di rumah doktor peribadi rungkai punca kematian Maradona

 


Diego Maradona bersama Dr Leopoldo Luque. Foto: AFP

DIEGO Maradona diberikan koktel dadah termasuk ubat antikemurungan dan antipsikotik yang digunakan untuk merawat penyakit bipolar.

Penemuan itu susulan serbuan yang dilakukan polis Argentina di rumah doktor yang merawat legenda bola sepak yang disahkan meninggal dunia Rabu lalu.

Maradona meninggal dunia susulan kegagalan jantung yang turut menyebabkan pengumpulan cecair dalam tisu di paru-parunya.

Pakar kesihatan tidak menolak kemungkinan koktel dadah yang diambil bekas pemain berusia 60 tahun itu memberi tekanan kepada jantungnya.

Pada Ahad lalu, susulan kenyataan yang dikeluarkan anak perempuan Maradona, Dalma dan Giannina membabitkan penjagaan kesihatan bapa mereka, polis menyerbu rumah dan klinik milik doktor peribadi, Dr Leopoldo Luque.

Doktor tersebut bagaimanapun belum dikenakan apa-apa tuduhan dan menafikan dia melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang.

Ubat-ubatan yang dilaporkan diberi kepada Maradona termasuk Quetiapine, yang digunakan untuk merawat gangguan mood termasuk kemurungan, skizofrenia, dan gangguan bipolar; dan Gabapentin, digunakan untuk sakit saraf yang disebabkan oleh penyakit seperti diabetes juga epilepsi. - Thesun.co.uk

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung