Nuffnang

Tuesday, January 26, 2021

Fuh.. Tedia!! Pemuda positif Covid-19 bikin kecoh... Selepas dakwa bebas keluar rumah sebar virus


Pemuda positif Covid-19 bikin kecoh... Selepas dakwa bebas keluar rumah sebar virus, ada pula peguam jelaskan semuanya prank nak ‘jentik’ KKM

Seorang pemuda disahkan positif Covid-19 setelah menjalani ujian RTK di sebuah klinik swasta. -gambar hiasan / foto ART CHEN/The Star

KECOH di media sosial mengenai seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 tetapi mendakwa dirinya keluar ke tempat awam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh individu berkenaan di laman Facebook miliknya memaklumkan menerima keputusan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dibuat di sebuah klinik swasta di Ampang, Selangor pada 20 Januari 2021.

Sehingga hari ketiga disahkan positif Covid-19, lelaki terbabit mendakwa tiada sebarang maklumat atau panggilan telefon daripada pejabat kesihatan daerah (PKD).


"Nak beritahu juga sepanjang tiga hari ni abam bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai," katanya.



Posting yang mencetuskan kemarahan netizen.

Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan netizen kerana sifat tidak bertanggungjawabnya terutama negara kini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19.

Seorang peguam di laman Facebook berasingan kemudian tampil menjelaskan bahawa dia akan bertindak mewakili rakannya yang digelarnya sebagai Encik F, sekiranya pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan kekecohan yang ditimbulkan lelaki itu.

Peguam wanita itu berkata, Encik F mengadu mengalami beberapa gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, hilang selera makan dan hilang deria bau.

Jelasnya, status yang dimuat naik oleh Encik F di Facebook bertarikh 22 Januari 2021 ditulis semata-mata untuk mendapatkan perhatian segera pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebaik sahaja disahkan positif Covid-19 oleh sebuah klinik swasta pada 20 Januari 2021, Encik F tidak keluar ke mana-mana dan menjalankan kuarantin di rumah.

"Netizen kena prank. Saya tidak setuju dengan prank sebegini. Tapi tidak dinafikan, ia telah mewujudkan kesedaran kepada kita semua," katanya.



Ujian RTK yang dijalankan oleh Encik F menunjukkan keputusan positif.

Menurut peguam berkenaan, Encik F berkali-kali menghubungi PKD sejak 20 Januari dan menunggu diambil oleh ambulans untuk dibawa ke mana-mana pusat kuarantin.

Ini katanya disebabkan beberapa faktor iaitu rumah sewa Encik F sangat kecil dan tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri selain mempunyai lima rakan serumah yang semuanya negatif Covid-19.

"Encik F ialah seorang bujang dan tidak mempunyai ahli keluarga berhampiran yang boleh menghantar makanan sepanjang tempoh kuarantin. Kawasan tempat tinggal Encik F adalah sempit dan sesak.

Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?

PEGUAM

"Encik F sepanjang masa bersiap sedia untuk dihantar ke mana-mana pusat kuarantin, agar beliau tidak menjangkiti orang lain di sekelilingnya. Malangnya pihak KKM begitu lambat untuk bertindak.

"Kerana itulah Encik F 'jentik' KKM melalui status Facebook tersebut. Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?" soalnya.



Penjelasan seorang peguam yang mendakwa rakan kepada Encik F.

Walaupun tidak keluar ke tempat awam dan menjalani kuarantin kendiri, peguam tersebut turut dimaklumkan bahawa Encik F sedaya-upaya mengurung diri dalam bilik.

"Namun tetap terpaksa keluar bilik bila nak ke dapur atau ke tandas. Bagaimana nasib rakan-rakan serumahnya?" kata peguam terbabit.

Terkini, Encik F menerusi postingnya pada Isnin memaklumkan bahawa PKD Hulu Langat memintanya datang membuat ujian Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) untuk pengesahan Covid-19.

"PKD Hulu Langat call suruh datang buat PCR. Tiba hari ni bila abam dah sampai kat tempat PKD ni, yang bertugas ni kata kat sini tak buat PCR, hanya keluarkan surat pelepasan saja," dakwa Encik F bagaimanapun tidak mengetahui apakah surat pelepasan yang dimaksudkan.

Setakat berita ini ditulis, usaha mStar untuk mendapatkan komen PKD Hulu Langat berhubung isu tersebut belum berhasil.



cTelegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung