Nuffnang

Sunday, January 3, 2021

Guru sebak di bengkel, tak sangka pelajar contoh dan ‘menjadi’ ada di depan matanya... gaji pertama habis untuk motor lama

 


Seorang guru berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang remaja yang menghantar motosikal ibunya untuk dibaiki. -Gambar hiasan / foto baikmotor.com

SEJAK kebelakangan ini, banyak kisah mengenai pelajar gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disajikan kepada masyarakat.

Walaupun berdepan kegagalan, ia bukan bermaksud gelap masa depan, tetapi adalah lebih baik mempromosikan budaya cemerlang dalam pelajaran.

Ketika ada yang menganggap SPM bukan perkara penting, seorang guru berkongsi pengalaman bertemu seorang pemuda di sebuah bengkel motosikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 'straight A' dedah kisah 'struggle' tiap kali nak makan ayam goreng... itu dulu, kini bergelar usahawan cheesekut premium sampaikan dapat rating 'sebanyak bintang di langit'!

ARTIKEL BERKAITAN: Budak bersongkok bukan main banyak cakap masa jual mangga, terus senyap ditanya 'siapa potong’' - "Saya doa budak ni jadi someone special"

"Hari tu saya pergi ke sebuah bengkel nak perbaiki motor. Tak lama lepas saya datang, ada seorang budak baru sampai nak servis motor juga. Motor lama, Yamaha Sport.

"Sambil duduk kat bangku saja, saya sembang dengan dia. Budak tu kata dia nak ambil SPM tahun depan," tulis guru berkenaan di laman Facebook bernama Muhammad Yusof.



Remaja berkenaan bersemangat untuk menduduki SPM tahun ini. -Gambar hiasan / foto LAI VOON LOONG/The Star

Sementara menunggu musim persekolahan baharu yang bakal dibuka awal tahun ini, kata Muhammad Yusof, anak muda itu bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya.

Di bengkel itu, pemuda berkenaan berkongsi berita gembira mengenai dia baru menerima gaji pertama pada hari tersebut.

"Dia kata; Dapat gaji pertama ni bang benda pertama saya nak buat, saya nak pergi servis motor mak saya. Dengan motor inilah mak saya guna hantar saya dan adik-adik pergi sekolah.

"Harap SPM saya dapat baik bang, doakan saya ye bang. Saya nak balas jasa mak saya, arwah ayah saya. Saya nak balas jasa cikgu-cikgu yang banyak tolong saya sekeluarga.



Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

"Bila dia cerita macam tu, ya Allah, punyalah sebak saya masa tu. Air mata saya nak tumpah dah masa tu tapi saya kawal (tahan)," ujarnya.

Susulan pertemuan tersebut, Muhammad Yusof dapat membuat kesimpulan mengenai kesediaan seorang remaja meskipun bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada.

Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik.

MUHAMMAD YUSOF

"Pada saya, inilah contoh kemenjadian murid terbaik yang saya pernah jumpa depan mata saya. Alangkah baiknya kalau semua anak-anak murid saya dan semua murid kat Malaysia dapat mencontohi budak ni.

"Dia mungkin tak kaya harta tapi saya nak ucapkan jutaan tahniah pada si ibu dan cikgu-cikgunya kerana dapat membentuk peribadi budak ni, jadi sebaik ini," tambahnya.



Keperibadian seorang remaja menarik perhatian Muhammad Yusof.

Bukan sekadar mahu membaiki motosikal ibu menggunakan gaji pertama, malah pemuda itu mahu menghargai keluarganya dengan belanja makan.

"Lepas ni nak pergi mana? Saja saya tanya. Dia kata dia nak pergi beli KFC nak jamu mak dan adik-adik makan sedap sikit hari ni, lama tak makan sedap-sedap dia kata.

"Dalam hati, saya berdoa semoga dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan jadi anak yang baik buat keluarganya.

"Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik. Naluri saya percaya budak ni akan jadi someone special satu hari nanti, InsyaAllah. Amin," ujar Muhammad Yusof.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung