Nuffnang

Thursday, February 25, 2021

Dugaan besar calon SPM, jenazah bapa dibawa ke sekolah untuk ditatap buat kali terakhir

 


Muhammad Haikal sempat menatap jenazah bapanya yang dibawa ke perkarangan sekolah pada Rabu.

TATKALA rakan yang lain sibuk memikirkan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak muda ini diuji dengan pemergian bapanya.

Kisah sedih Muhammad Haikal Iskandar, 18, yang juga pelajar SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak, tular pada Rabu sehingga mengundang air mata netizen.

Menurut guru dikenali sebagai Badariah Mohd Mohaidin, jenazah bapanya turut dibawa dengan menaiki van ke sekolah, bagi membolehkan Muhammad Haikal memberikan penghormatan terakhir.


Jelasnya, Muhammad Haikal diberi peluang menatap jenazah bapanya yang sudah dikafankan sebelum berlangsungnya peperiksaan subjek Sejarah Kertas 2 pada pukul 10 pagi.

"Van jenazah singgah ke sekolah. Seorang ayah yang sudah tidak bernyawa dibawa berjumpa anak buat kali terakhir.

Muhammad Haikal merupakan SMK Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak.

"Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal Iskandar untuk menjawab SPM," tulis guru itu.

Selain itu, dia turut berkongsi rakaman penuh emosi berdurasi 58 saat, memaparkan pelajar itu berada di dalam van di sisi jenazah bapanya.

Dalam rakaman sama, Muhammad Haikal yang berpakaian seragam putih dilihat tunduk sedih di sisi jenazah bapanya itu.

Semoga anak ini sabar, tabah dan kuat semangat menempuh SPM serta hari mendatang.

PELAYAR FACEBOOK

Perkongsian oleh guru berkenaan ternyata mengundang air mata netizen yang rata-ratanya sedih dengan kejadian itu.

Selain menzahirkan ucapan takziah dan kata-kata semangat buat Muhammad Haikal, netizen turut mendoakan agar roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Malah rata-rata netizen berkata sukar untuk mereka menggambarkan apa yang dilalui pelajar itu yang mana ia disifatkan cukup perit dan menyedihkan.

Calon SPM itu diberi peluang menatap jenazah bapanya buat kali terakhir.

"Sebaknya rasa hati. Dugaan besar buatmu dik, namun hikmah besar pasti menanti.

"Kalau saya tak sanggup rasanya nak jawab exam nanti. Bertabahlah adik.

"Semoga adik ini tabah menempuhi ujian dari Allah dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Kisah pemergian bapa pelajar itu ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.

"Semoga anak ini sabar, tabah dan kuat semangat menempuh SPM serta hari mendatang," tulis netizen.

T kasih Telegram mStar!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung