Nuffnang

Sunday, October 6, 2024

Ramai teruja lihat kanak-kanak pandu jentera berat

 


Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat.

PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat di sebuah tapak perlombongan pasir mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Facebook Hikmah Viral, kelihatan kanak-kanak tersebut seperti pemandu profesional mengendalikan jentera ‘front loader’ tersebut.

Malah, kanak-kanak tersebut mengendalikan jentera itu sendiri tanpa pengawasan orang dewasa.

Namun, tidak dikongsikan lokasi video tersebut dirakam dan tarikh sebenar kejadian itu dan difahamkan jentera tersebut milik ahli keluarga kanak-kanak itu.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang kagum dengan kebolehan kanak-kanak tersebut.

“Anak dah main yang ‘real’, kita ini bapa pun mampu main yang pakai ‘remote’ (alat kawalan jauh) tu pun dah rasa seronok,” kata Nik Evan’s.

“Kalau anak aku umur 4 tahun tengok ni menggelupur dia nak bawa jugalah benda alah tu,” tulis Siti Mahiran Mahiran.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang memaklumkan bahawa keluarga kanak-kanak tersebut bakal berdepan tindakan oleh pihak berkuasa kerana membiarkan kanak-kanak mengendalikan jentera tersebut.

“Bagus ajar anak bnda yang dia minat, ada pemantauan orang dewasa, cuma yang tak bagusnya rakam dan ‘post’ kat media sosial. Nanti boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa,” tulis Shahrul Azwan Kecik.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Yacob Ridzuan.

“Kejap lagi tak pasal-pasal kena angkut dengan polis, sebab kelihatan kanak-kanak bawah umur dibenarkan pandu jentera berat, dalam media sosial ini semua orang dapat lihat. Tambahan, lagi bahaya dari segi keselamatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung