Nuffnang

Friday, October 11, 2024

Pegawai kanan polis bersekedudukan ditahan JIPS

 


Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pegawai kanan polis yang disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah rumah di Cheras, semalam.

Difahamkan, penahanan itu dibuat menerusi serbuan dijalankan Cawangan Risikan Operasi JIPS, Bukit Aman kira-kira pukul 1.40 pagi.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tangkapan dijalankan susulan maklumat terdapat aktiviti bersekedudukan melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

ADVERTISEMENT
Cool Gadgets  video

Menurutnya, pegawai berkenaan ditahan bersama wanita yang tiada ikatan sah di kediaman terbabit.

“Siasatan masih dijalankan, setakat ini tiada pengesahan pekerjaan wanita yang ditahan bersama pegawai kanan polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung