Bomba merangkak selamatkan ‘angsa’ terperangkap dalam ais, rupa-rupanya patung!
JABATAN bomba bandar Monroe di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menerima panggilan mengenai seekor angsa yang cedera di Sungai Raisin di Michigan.
Dua anggotanya, Brian Merkle dan Ed Bellman, menyeberangi sebuah tasik yang beku dilitupi dengan ais bagi menyelamatkan angsa yang terperangkap.
Setibanya di lokasi kejadian, mereka kemudian mendapati ia bukanlah haiwan sebenar.
Sebaliknya, ia adalah patung angsa yang digunakan sebagai umpan untuk menakut-nakutkan binatang lain.
Seorang lagi anggota bomba, Austin Schmitt dari jabatan yang sama, berkongsi foto insiden tersebut di Facebook.
Perkongsian itu ternyata mengundang lucu dalam kalangan netizen.
Walau bagaimanapun, segelintir mereka turut bersyukur tiada yang cedera dalam kejadian itu.
Patung angsa yang 'diselamatkan' itu juga sebenarnya mempunyai nama iaitu Sharon. - India Times
Telegram mStar!
No comments:
Post a Comment