Nuffnang

Tuesday, May 18, 2021

Kempen boikot disebar melalui WhatsApp, McDonald’s Malaysia lapor polis!

 

Pihak McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu- individu dan kumpulan-kumpulan yang membuat dakwaan palsu. Foto: IZZRAFIQ ALIAS/The Star.

SERANGAN demi serangan oleh rejim Zionis Israel ke atas Palestin cukup meruntun hati kita semua.

Dalam menzahirkan sokongan, masyarakat kita tampil dengan beberapa kempen boikot ke atas produk mahupun jenama yang dikaitkan dengan negara Israel.

Restoran makanan segera McDonald's Malaysia tidak terkecuali menjadi mangsa salah faham dan penyebaran maklumat tidak tepat.

McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa mengakui peka dengan kewujudan mesej tular yang memboikot jenama mereka.

"McDonald's Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami.

"Pihak McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah," ujar kenyataan itu.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar, McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak tahun 2017, dimana ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

"Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin menegaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara sekalipun," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pihak McDonald’s Malaysia telah membuat laporan polis terhadap individu- individu dan kumpulan-kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial.

Malah, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

kredit MSTAR

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Commodities
Crude Oil 66.57 -0.03%
Natural Gas 3.08 -5.69%
Gasoline 2.12 +0.91%
Heating Oil 2.45 -
Gold 3394.10 -1.33%
Silver 39.28 -0.11%
Copper 5.80 +1.69%
2025.07.24 end-of-day » Add to your site

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung