SEIRING perkembangan masa, pelbagai gajet teknologi dicipta yang memudahkan hidup kita.
Terbaharu, seorang pelajar rekaan industri tampil dengan ciptaan robot mata atau 'mata ketiga' yang mungkin tak pernah kita fikirkan sebelum ini.
Dipakaikan di bahagian depan wajah, ia akan aktif secara automatik ketika pengguna sedang berjalan sambil menggunakan telefon bimbit.
Minwook Paeng mencipta gajet itu di Fakulti Rekaan Kejuruteraan di sebuah kolej di London.
Robot mata itu membolehkan 'kaki media sosial' berjalan tanpa risau sekiranya mereka akan jatuh atau dilanggar kereta ketika sibuk menggunakan telefon. - Daily Star.
No comments:
Post a Comment