Nuffnang

Sunday, November 21, 2021

Perghhh !!! Anak, isteri mengamuk lelaki beri wang kepada penyanyi perempuan

 


Lelaki itu diheret anaknya turun dari pentas. - Instagram

Anak, isteri mengamuk lelaki beri wang kepada penyanyi perempuan

JAKARTA – Sebuah video memaparkan aksi seorang lelaki sedang memberikan wang kepada penyanyi wanita di sebuah majlis perkahwinan menjadi tular gara-gara anak dan isterinya dilihat naik berang terhadap penyanyi tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan di Instagram, ketika pengantin sibuk bergambar di atas pentas, seorang wanita yang sedang menyanyi di bahagian kiri pentas didatangi seorang lelaki berbaju coklat, lantas memberikannya sedikit wang.

Tidak lama kemudian, anak dan isteri lelaki terbabit turut naik ke atas pentas dan bertindak menariknya turun dalam keadaan yang marah. Malah, anaknya turut membaling sesuatu ke arah penyanyi tersebut.

ADVERTISING

Netizen membanjiri ruangan komen di akaun Instagram tersebut.

“Oh, tak malulah anak itu,” kata seorang netizen.

‘’Bapa kamu yang salah, penyanyi itu pula yang dimarah,’’ kata seorang lagi. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung