Nuffnang

Saturday, November 27, 2021

Perghhh Tudia !!! Sempoiii Je !!! Bayar Tol Guna Jam Touch N Go...

"Kalau top up mesti kena sound" - Wanita disindir, siap dituduh penipu gara-gara bayar tol guna jam... jangan terkejut, dah ada yang bida nak beli!

Fatin membayar tol menggunakan jam tangannya.

NIATNYA sekadar berkongsi fungsi "canggih" jam tangannya yang boleh digunakan untuk membayar tol di lorong Touch N Go, namun wanita ini tidak menyangka perkongsiannya itu bakal menarik perhatian ramai.

Ada yang kagum serta bertanyakan lanjut mengenai jam tangan Time Traveller keluaran Touch N Go ini, namun ramai yang tidak percaya sebaliknya menuduh wanita itu "menipu".


"Dia pakai smart tag la woii, pastu acah acah jam tu smart sangat, haha," tulis seorang pengguna media sosial.

Video Player is loading.
partner logo
Advertisement (1 of 2): 0:01

Bercakap kepada mStar, Fatin Rehanna Yusof, 31 berkata dia terpaksa membuat satu lagi video untuk menjelaskan serta membuktikan mengenai fungsi jam yang dibelinya sekitar tahun 2016 itu.

Jelasnya, bukan hanya warga maya, dia turut mendapat soalan sinis setiap kali dia ke kedai untuk top up jam berwarna biru itu.

"Kalau pergi top up mesti kena sound "ni jam dik bukan kad Touch N Go".

"Saya cakap letak je jam macam letak kad tu, tap je," katanya.

Menurut Fatin, jam yang dibeli pada harga sekitar RM200 itu kebiasaannya digunakan ketika dia menggunakan pengangkutan awam.

"Selalunya saya guna jam tu bila naik kereta api sebab senang tak payah nak sibuk keluarkan kad, guna jam tu memang scan dekat mana pun boleh detect.

"Tapi hari tu kebetulan smart tag saya insufficient balance jadi saya pun guna la jam tu, pada masa sama saya buat la content untuk post di TikTok.

"Ramai yang tak tahu pasal jam tu rupa-rupanya," katanya sambil menambah, jam tangan itu mempunyai sim card bersaiz mini.



Jam tangan keluaran Touch N Go milik Fatin.

Jelasnya, selain membayar tol, jam tangan tersebut juga boleh digunakan untuk melakukan pembayaran secara e-pay.

"Jam tu boleh connect dengan e-wallet jadi boleh guna untuk buat pembayaran," katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor.



Iklan Touch N Go Traveller Watch yang dijual suatu ketika dahulu.

Menurut Fatin, perkongsiannya mengenai jam tangan tersebut menarik perhatian ramai untuk mencari jam tangan tersebut.

"Ramai duk cari sekarang, ada yang direct message dekat Instagram tanya, kemudian ada juga yang sanggup nak bid jam tu.

"Tapi saya tak nak jual, saya sayang jam tu, walaupun dah hampir lima tahun beli dia elok lagi," katanya.



Video yang dikongsikan Fatin (kiri) menarik perhatian orang ramai untuk turut mencari jam yang sama.

Setakat hari ini, video yang dikongsikan Fatin pada 20 November itu telah mendapat lebih satu juta tontonan.

Sementara itu semakan mStar dengan pihak Touch N Go mengesahkan bahawa jam tersebut sudah tidak lagi dikeluarkan.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung