Nuffnang

Sunday, December 19, 2021

Pemandu Proton Wira dikatakan sedang hidupkan bateri kereta di lorong kecemasan sebelum dirempuh treler

 

Pemandu Proton Wira dikatakan sedang hidupkan bateri kereta di lorong kecemasan sebelum dirempuh treler

10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan awal pagi Sabtu.

KERETA yang dinaiki sembilan beranak, lapan daripadanya yang meninggal dunia akibat dirempuh treler dikatakan sedang cuba dihidupkan bateri oleh pemandunya.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sekyen 24 (2), Mohd Syariffuddin Rahmat berkata, salah seorang mangsa maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuh Raya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat, merupakan pelajar tingkatan empat SMK Sekyen 24 (2), iaitu Razatul Aliah Abdul Razak.


Katanya, kemalangan tragis meragut 10 nyawa termasuk lapan adik-beradik itu diketahui melalui ibu saudara mangsa yang merupakan salah seorang staf di pejabatnya.

"Ibu saudara mangsa memohon cuti kecemasan kerana ada urusan kematian sebelum menjelaskan kejadian tersebut.

"Turut maut dalam kejadian itu adalah ibu mangsa, tujuh beradik mangsa serta seorang lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian," katanya.

Tambahnya lagi, keluarga tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, di Shah Alam, Selangor dari kampung mereka di Melaka.

"Kereta Proton Wira dipandu bapa mangsa mengalami masalah bateri rosak menyebabkan mereka tersadai di lorong kecemasan lokasi kejadian.

"Disebabkan keadaan hujan, hanya bapa mangsa yang keluar daripada kereta untuk memohon bantuan. Beberapa kereta berhenti untuk menghulurkan bantuan 'jumper' bateri dan ketika itulah sebuah lori merempuh kenderaan mangsa," kongsinya.

Katanya, bapa mangsa yang berada di luar kenderaan terselamat dalam insiden tersebut.

Ujarnya, dia mengenali keluarga mangsa yang merupakan salah seorang keluarga B40 yang tersenarai sebagai penerima tabung bantuan Covid-19 sekolah tersebut.

"Ada beberapa kali keluarga ini menerima bantuan tersebut. Kami tahu kepayahan keluarga ini dan apabila permohonan diterima kita tetap bantu. Mereka juga turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor," katanya.

Dia yang juga YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 berkata, pada Khamis salah seorang guru yang berkhidmat di SK berkenaan turut terlibat kemalangan di Bentong yang meragut nyawa dua anaknya sementara suaminya masih dalam unit rawatan rapi (ICU).

"Dua hari berturut-turut kami mendapat perkhabaran duka. Justeru, saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian tersebut," katanya. - Sinar Harian

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung