Nuffnang

Saturday, December 18, 2021

Tudiaa !!! Kecoh panda gergasi hampir lolos dari zoo

 


Meng Lan memanjat pagar setinggi 2 meter dan mencetuskan kekecohan. – AsiaWire

Kecoh panda gergasi hampir lolos dari zoo

Share on telegram

BEIJING – Seekor panda gergasi yang mendiami sebuah zoo di Beijing mencetuskan kekecohan dengan memanjat pagar setinggi 2 meter dan hampir terlepas dari kandangnya, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dalam kejadian pada Rabu lepas, panda jantan bernama Meng Lan itu bagaimanapun kembali masuk ke dalam kandang selepas petugas Zoo Beijing menawarkan makanan buatnya.

Menerusi  klip video yang dikongsikan di laman sosial China, Weibo, Meng Lan dilihat memanjat keluar dari pagar kandangnya sambil melihat ke arah pengunjung yang memandangnya dari jarak dekat.

Pengunjung bagaimanapun diarahkan oleh petugas-petugas zoo agar menjauhi lokasi tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Tidak lama selepas itu, Meng Lan memusingkan badannya ke arah kandang dan melompat turun selepas petugas zoo menawarkan makanan dari dalam kandang.

Menurut petugas zoo Beijing , Meng Lan yang dilahirkan pada Julai 2015 sememangnya dikenali sebagai seekor panda yang nakal sejak dari dahulu lagi. – AGENSI 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung