Nuffnang

Tuesday, December 14, 2021

Perghh !!! Pernah dihina sebab berniaga, pemuda ini puas hati mampu reward diri jejak Gunung Kinabalu

 

Pernah dihina sebab berniaga, pemuda ini puas hati mampu reward diri jejak Gunung Kinabalu... tiba-tiba je sampai! - “Semua booking last minute”

Badrun akui perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu tidaklah semudah yang disangka.

KUNJUNGAN kali pertama jejaka ini ke Sabah pada November lalu mengukir kenangan yang cukup indah buatnya.

Paling diingati tentunya pengalaman menawan Gunung Kinabalu yang menjanjikan pemandangan memukau mata memandang.

Menurut Ahmad Badrun Amin Samsul Kamal, dia berada di negeri itu selama lapan hari dan menghabiskan dua hari untuk mendaki gunung berkenaan.


"Saya orang Semenanjung. Ini kali pertama saya ke Sabah dan ini juga kali pertama saya ke Gunung Kinabalu. Pada mulanya saya fikir nak ke Langkawi atau Sarawak, tapi tak jadi.

"Saya juga pernah hiking sebelum ini, tapi tak kerap. Hiking biasa-biasa saja. Idea nak naik Gunung Kinabalu pun datang secara spontan, idea sendiri. Semuanya saya booking last minute.

"Tujuannya sebab saya nak hilangkan tekanan. Saya masih belajar, ditambah pula dengan bisnes online. Rasa macam-macam tekanan. Jadi saya pilih untuk ke satu tempat untuk cari ketenangan," ujarnya.

Mesra disapa Badrun, penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu mengakui perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu tidaklah semudah yang disangka.

badrun2

Badrun puas dapat melihat pemandangan indah di puncak Kinabalu.

Namun katanya, segala penat lelah bagaikan terbalas apabila dia disajikan dengan pemandangan indah luar biasa di puncak gunung berkenaan.

"Saya travel sendirian saja ke Sabah. Tapi saya ada kawan di sana. Saya naik Gunung Kinabalu secara berkumpulan pada pagi 24 November.

Orang banyak mengata. Orang pertikai, kenapa nak jual chocojar? Ada orang nak makan hari-hari ke?

BADRUN

"Dalam 5.30 petang kami sampai ke tempat penginapan. Selepas berehat kami bertolak semula pada pukul 2 pagi. Akhirnya kami sampai ke puncak pada pukul 5.30 pagi.

"Bila sampai ke puncak, saya rasa berbaloi gila. Walaupun pada awalnya saya ragu-ragu. Walaupun mencabar, saya bersyukur diberi rezeki untuk tengok pemandangan indah.

"Kalau diberi peluang, memang saya nak naik lagi. Saya tak menyesal datang ke Sabah," ujar jejaka kelahiran Johor yang dibesarkan di Pahang itu.

Menurut anak keempat daripada tujuh beradik itu, dia juga tak menyangka video kunjungannya ke Gunung Kinabalu akan meraih ratusan ribu tontonan di aplikasi TikTok.

badrun4

Badrun merupakan penuntut UiTM Shah Alam.

Mengenai dirinya, Badrun yang juga penuntut bidang Kejuruteraan Elektrikal turut menjalankan perniagaan sejak beberapa bulan lalu.

Selain produk kecantikan, Badrun turut mengeluarkan produk makanan coklat dalam balang jenama sendiri.

"Saya berniaga sebab saya sedar, saya bukan orang senang. Jadi, saya kena buat sesuatu. Alhamdulillah, saya dapat ke Sabah pun hasil buat bisnes.

"Saya guna duit tu untuk reward diri sendiri. Banyak benda yang saya belajar sepanjang buat bisnes, Alhamdulillah sekarang dah makin stabil," ujarnya.

badrun3

Badrun teringin untuk berkunjung ke Sabah lagi pada masa akan datang.

Imbas Badrun, dia juga turut dipandang serong ketika awal berniaga, namun menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk memajukan dirinya.

"Mula-mula dulu, ada juga orang yang hina saya. Orang banyak mengata. Orang pertikai, kenapa nak jual choco jar? Ada orang nak makan hari-hari ke?

"Dia tak persoalkan kepada saya, tetapi kepada orang lain. Kemudiannya ia disampaikan kepada saya. Ada juga yang kata lelaki tak sesuai jual produk kecantikan.

"Tapi Alhamdulillah, pelanggan saya ramai lelaki. Mungkin mereka lagi selesa nak bertanya dengan saya," ujarnya lagi.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung