Nuffnang

Wednesday, December 8, 2021

Perghhh Dahsyattt !!! Dulu susah payah bangun 4 pagi berniaga nasi lemak tepi jalan, .Tudia.. wanita ini terkejut dapat hadiah kuda,

 

Dulu susah payah bangun 4 pagi berniaga nasi lemak tepi jalan, sekarang kena kutuk jual kosmetik... wanita ini terkejut dapat hadiah kuda, penat lelah terbalas!


Lynn menerima hadiah seekor kuda pada Ahad lalu.

BUKAN biasa-biasa.

Mungkin itulah perkataan terbaik untuk menggambarkan kisah seorang wanita yang menerima hadiah berupa seekor kuda pada Ahad lalu.

Menurut Siti Azlina Mhd Halil, 34, dia terkejut apabila hasil penat lelahnya dalam perniagaan produk kecantikan selama ini terbalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.


Mesra disapa Lynn, dia yang juga master stockist untuk produk kecantikan MEERACLE menzahirkan rasa syukur apabila pengorbanannya dihargai oleh syarikat itu dengan cara yang unik dan luar biasa.

"Perasaan saya selepas terima hadiah kuda memang terkejut dan tak disangka-sangka. Tak pernah langsung terfikir akan dapat kuda ni.

"Saya juga tak sangka akan ada kuda sendiri dalam tahun ni, memang luar biasa sangat hadiahnya. Saya anggap ia simbol kejayaan untuk saya.

ADVERTISING

Menurut wanita dari Durian Tunggal, Melaka itu, bukan mudah untuk dia meraih hasil terbaik dan selesa dengan kehidupan yang dinikmati pada hari ini.

Imbas Lynn lagi, dia juga pernah melalui fasa sukar dengan menjalankan perniagaan nasi lemak sebelum menemui pintu rezeki baharu, sekaligus dapat mengubah kehidupannya sekeluarga.

lynn5

Video kejutan itu meraih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam.

"Cabaran dalam bisnes pasti ada. Dalam tujuh tahun pelbagai dugaan yang saya dah tempuh. Masa mula nak buat bisnes ni, saya bermula dari bawah, dari tak ada apa-apa.

"Sebelum bisnes ini, saya pernah susah dulu berniaga nasi lemak tepi jalan. Bawa anak kecik bermula dari jam 4 pagi nak siapkan juadah niaga pagi. Makin lama makin penat.

"Akhirnya saya ambil keputusan untuk buat bisnes online. Terjumpa iklan produk ini dan saya daftar jadi ejen dengan modal paling rendah. Bila bermula dari bawah tu, kena sabar untuk naik.

Bila berjaya, mula pula orang sanjung tinggi. Masa nak bermula orang suka hina, kutuk.

LYNN

"Perlahan-lahan bawa diri naik bersama sama team. Sehinggalah hari ini dah ada segalanya," ujar ibu kepada empat cahaya mata itu.

Bercerita lanjut, Lynn mendedahkan dia juga pernah dipandang serong sepanjang berkecimpung dalam bidang perniagaan.

Namun kata Lynn, dia enggan ambil pusing dengan kata-kata orang, sebaliknya terus cekal mencari rezeki halal untuk memberi kehidupan selesa buat keluarga.

"Pernah orang hina, orang mengata, orang pandang rendah... memang ada. Orang tak support, orang keji dah jadi lumrah kehidupan dunia bisnes ni.

"Apa yang saya boleh buat, saya teruskan tunjuk usaha pada orang yang mengata tu. Bila dah ada results masing-masing akan diam sendiri.

lynn2

Lynn terkejut apabila penat-lelahnya selama ini terbayar dengan hadiah cukup bermakna itu.

"Bila berjaya, mula orang sanjung tinggi. Masa nak bermula orang suka hina, kutuk. Kononnya bisnes online ni tak ada masa depan. Saya terus kuat untuk nak capai impian.

"Kalau kita tak berjaya hari ini, kita nak berjaya bila lagi? Buatlah bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa," ujarnya lagi.

Untuk rekod, video memaparkan Lynn menerima hadiah berkenaan turut dikongsi ke laman TikTok sehingga tular dan meraih sejuta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja menerusi ruangan komen, tak kurang juga yang memuji keunikan hadiah tersebut.

lynn3

Sebelum berniaga kosmetik, Lynn dulu pernah berniaga nasi lemak di tepi jalan.

Dalam pada itu, Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna mendedahkan bahawa kuda berwarna 'dark bay' tersebut merupakan taruhan untuk jualan bagi bulan November 2021.

"Jika sebelum ini kereta-kereta mewah jadi pilihan, kali ini kami mengambil inisiatif membuat kejutan untuk menghadiahkan seekor kuda baka Thoroughbred yang dianggap sinonim dengan misi syarikat kami yang sentiasa pantas dan terus mengetuai industri ini.

"Kita semua tahu baka kuda ini banyak digunakan untuk perlumbaan dan ia amat sesuai dengan semangat yang ada dalam jiwa stokis untuk terus bersaing antara satu sama lain meletakkan mereka di kedudukan teratas.

“Hadiah kuda ini diberikan kepada Top Masterstockist iaitu Siti Azlina yang telah mencapai target jualan pada bulan November. Beliau juga telah dinobatkan sebagai ‘LADY MEERACLE’ pada tahun 2020," ujarnya.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung