Nuffnang

Wednesday, December 1, 2021

Perghhh !!! Lembu, motosikal berkuasa tinggi jadi hantaran merisik

 


Lembu dan motosikal berkuasa tinggi adalah antara barangan yang dijadikan hantaran. – TikTok


JAKARTA – Sebuah video majlis merisik di daerah Pati, wilayah Jawa Tengah menjadi tular apabila keluarga calon pengantin lelaki membawa banyak hantaran dalam pelbagai bentuk untuk diberikan kepada calon pengantin perempuan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, keluarga pihak lelaki dilihat membawa barangan seperti seekor lembu, perabot rumah, pelbagai hasil bumi, motosikal berkuasa tinggi, setandan pisang dan beras.

Kesemua barangan tersebut dibawa oleh beberapa individu dalam kumpulan yang ramai selain majlis itu turut dihadiri ramai tetamu.

ADVERTISING

“Adat di Pati. Tiada lembu, tidak boleh berkahwin,” tulis keterangan pada hantaran yang dimuat naik itu.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen.

“Ini adalah tradisi yang mengakibatkan jurang sosial. Kasihan kepada yang hidup sederhana. Pastikan anda membuat perbandingan calon mentua, apatah lagi yang mudah gelap mata dengan wang ringgit,” kata seorang netizen. – AGENSI  

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung