Nuffnang

Tuesday, January 18, 2022

Perghh !!! Tular laporan polis ADUN cabul wanita ahli parti politik

 



Laporan polis yang tular hari ini berhubung gangguan seksual seorang ADUN di Kota Tinggi terhadap seorang wanita muda yang juga AJK sebuah parti politik

KOTA TINGGI – Tular laporan polis dibuat seorang wanita dipercayai ahli parti sebuah politik yang mendakwa dicabul sebanyak empat kali oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan memaklumkan pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,”katanya ringkas.

Menerusi laporan tular itu mangsa mendakwa telah diganggu secara seksual ketika hadir ke program dihadiri ADUN berkenaan.

Wanita itu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 2 Januari lalu namun bertindak mendiamkan diri kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Kejadian kedua dan ketiga pula berlaku pada 3 Januari serta 12 Januari namun mangsa mendakwa tidak berani untuk menceritakan perkara itu kerana memikirkan status selain bimbang dinafikan perkara itu.

Kejadian terakhir berlaku pada 13 Januari sebelum mangsa nekad membuat laporan polis selepas diraba dibahagian sulit.

Sementara itu, ADUN berkenaan menyifatkan perkara itu adalah sebagai serangan politik kepada dirinya.

ADUN berkenaan yang dihubungi mengakui beliau mengenali wanita itu hanya sebagai seorang Ahli Jawatankuasa di daerah itu sejak setahun lalu dan tidak lebih daripada itu.

“Saya maklum perkara itu bagi saya ruang berbincang dengan peguam saya kemudian saya akan beritahu bagaimana. Saya memang kenal dia baru setahun, dia dalam Ahli Jawatankuasa. Saya minta maaf bagi saya bercakap dengan peguam saya dahulu,”katanya.-K! ONLINE.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung