Nuffnang

Saturday, January 15, 2022

Perghhh Amik Kau !!! Penjual hantar kain kafan kepada pelanggan menipu

 


TANGKAP layar menunjukkan kain kafan dan sekeping nota yang dihantar oleh penjual tersebut kepada pelanggannya yang menipu. - TikTok


JAKARTA – Seorang penjual barangan secara online mengundang perhatian netizen gara-gara menghantar bungkusan berisi kain kafan kepada pelanggannya, lapor lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @hanafauzia21.

Berdasarkan video tersebut, penjual wanita itu mendapat permintaan daripada pelanggannya untuk membeli sebuah telefon pintar jenama iPhone.

Ads by Kiosked

Bagaimanapun, penjual itu berjaya mengesan penipuan pelanggan tersebut apabila mendapati bukti transaksi wang yang dihantar adalah palsu.

Disebabkan sering menghadapi situasi sedemikian, dia ingin memberi pengajaran kepada penipu tersebut.

Penjual itu sanggup menempah kain kafan walaupun meremang bulu roma ketika memasukkannya ke dalam kotak iPhone tersebut.

“Jadi jangan tipu orang. Ingat, apa sahaja yang kita buat nanti, kita akan bertanggungjawab,” tulis penjual di atas sekeping kertas.

Netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun TikTok milik penjual tersebut. 

“Kurang tanah kak, mana tanah,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung