Nuffnang

Wednesday, January 26, 2022

Perrghhh !!! Rakyat New Zealand buat pembelian panik tisu tandas

 


Rak tisu tandas hampir kosong yang dirakam di pasar raya di New Zealand selepas sekatan baharu Covid-19 diumumkan pada Ahad lalu. - NZ Herald

WELLINGTON, New Zealand – Pasar raya-pasar raaya  di New Zealand dikhuatiri akan berdepan kekurangan bekalan tisu tandas dalam masa seminggu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ini berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh  penduduknya selepas Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan sekatan terbaharu Covid-19 bagi membendung penularan varian Omicron.

Bagaimanapun, Ardern menegaskan bahawa sekatan baharu itu bukanlah perintah berkurung kerana premis-premis perniagaan masih dibuka seperti biasa dan tiada sebarang pembatasan dalam perjalanan di seluruh negara.

Ads by Kiosked

Justeru, beliau menggesa rakyat New Zealand untuk tidak membuat pembelian panik dan  bertenang selepas rakaman video menunjukkan rak-rak barang keperluan asas terutamanya tisu tandas di pasar raya didapati kosong.

Rakaman yang disiarkan di media sosial itu menunjukkan sebahagian besar rak menempatkan  tisu tandas didapati kosong di pasar raya-pasar raya  di Mount Eden, Auckland, dan Warkworth, sejak Ahad lalu.

Rangkaian pasar raya New Zealand, Countdown mengesahkan bahawa tisu tandas dan makanan kucing adalah antara barangan yang paling banyak dibeli pada hujung minggu lalu.

Serbuan oleh pembeli turut memaksa pihak pengurusan pasar raya meletakkan had ke atas barangan penting dalam usaha untuk menghentikan pembelian panik.

Pakar rantaian bekalan Universiti Auckland, David Robb memberi amaran bahawa tisu tandas akan kehabisan di pasar raya di seluruh New Zealand dalam masa seminggu jika masalah itu  tidak diatasi segera.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Countdown, Kiri Hannifin mengakui terdapat peningkatan dalam penjualan tisu tanda beberapa jam selepas kerajaan mengumumkan sekatan baharu.

Ads by Kiosked

“Kami memahami asas pembelian secara pukal yang dilakukan oleh pelanggan sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Namun begitu, kami mohon agar pelanggan tidak bertindak keterlaluan dan jangan bersikap pentingkan diri sendiri,” tegasnya. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung