Nuffnang

Sunday, April 10, 2022

Harga makanan dunia paling mahal Mac 2022

 

Beberapa negara di Timur Tengah dan Afrika utara bergantung pada Ukraine dan Rusia untuk minyak bijirin dan sayuran. - AFP


ROM, Itali  – Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)  yang merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan bahawa harga makanan dunia meningkat hampir 13 peratus bulan lalu, lapor laman berita Wion News  kelmarin.

-ADVERTISEMENT-

Kenaikan harga itu yang merupakan rekod tertinggi setakat ini berpunca daripada pergolakan yang tidak berkesudahan di Ukraine. Perang di negara itu kini memasuki bulan kedua.

Indeks harga makanan FAO yang memantau komoditi makanan dalam dagangan global,  mencatat purata 159.3 mata bulan lepas berbanding 141.4 mata selepas semakan semula dilakukan bagi Februari.

Ads by Kiosked

Angka Februari sebelum ini diletakkan pada 140.7 mata yang merupakan rekod tertinggi  ketika itu.

Rusia dan Ukraine adalah pengeksport utama makanan ruji seperti gandum, jagung, barli dan bunga matahari. Semua produk tersebut dieksport keluar  menggunakan kapal-kapal melalui Laut Hitam.

Sejak pencerobohan Moscow berlaku enam minggu lalu, aktiviti eksport barang dagangan Ukraine turut  tergendala dan terhalang sekali gus menjejaskan bekalan makanan  dunia.

Pada bulan lalu, FAO menyatakan, harga makanan dan makanan haiwan ternakan boleh meningkat sehingga 20 peratus akibat konflik di Ukraine sekali gus meningkatkan risiko kekurangan zat makanan.

Indeks harga bijirin agensi itu meningkat 17 peratus pada Mac lepas,  manakala indeks minyak sayuran melonjak 23 peratus sekali gus bacaan tertinggi yang pernah dicatat oleh FOA.

Gangguan bekalan tanaman akibat perang telah memburukkan lagi situasi kenaikan harga komoditi makanan.

Ads by Kiosked

Ini kerana sebelum perang di Ukraine tercetus, harga komoditi makanan sudah berada pada paras tertinggi bagi tempoh 10 tahun disebabkan isu penuaian global.

Jumlah dangan bijirin bagi tempoh  2021/22 yang disemak,  merosot sebanyak 14.6 juta tan daripada unjuran bulanan sebelumnya kepada 469 juta tan dan kini dua  peratus di bawah paras 2020/21.

Unjuran stok bijirin dunia pada akhir 2021/22 juga menunjukkan pertambahan sebanyak 15 juta tan kepada hampir 851 juta tan.

Ini kerana FOA menjangkakan bahawa gangguan eksport akan menyebabkan kepada timbunan stok berskala besar di Ukraine dan Rusia. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung