Nuffnang

Sunday, May 1, 2022

Kasih bapa... Anak melompat riang dapat hadiah jam tangan mainan, netizen kagum cipta bahagia cara sederhana

 

Kisah dua beranak yang menaiki basikal mana menjadi perhatian di media sosial.

WANG bukanlah segala-galanya.

Walaupun bukan orang senang dan hidup dalam kekurangan, namun ia bukan bermakna kita tidak boleh mencipta kebahagiaan.

Buktinya, seorang lelaki berkongsi kisah mengenai dua beranak yang disaksikannya di depan mata, menerusi satu posting di Facebook.

ADVERTISING


Walaupun tidak mengetahui asal-usul mereka, lelaki itu menyedari sering melihat kehadiran si bapa ke kawasan peniaga menjual kuih.

"Tak pasti dua beranak ni Bangla atau Rohingya, tapi benda ni depan mata.

"Sebelum ni si bapa hari-hari akan datang ushar (tengok) kat tempat orang jual kuih ni. Dok atas basikal lama, selepas itu dia melintas jalan pergi kedai runcit depan.

"Hari ni dia mai dengan anak perempuan dia. Lalu depan orang jual kuih. Tak beli pun, selepas tu pergi kedai runcit," tulisnya di Facebook 'Shah Carwash Supershine'.

Berdasarkan pautan lokasi, difahamkan kejadian yang disaksikannya itu berlaku di Pokok Sena di Pulau Pinang.

Shah berkata, sewaktu hendak beredar dari kawasan tersebut, dia ternampak anak perempuan kepada penunggang basikal itu mengambil sesuatu dari bakul basikal.

anak tunjuk gelang 2

Seorang anak gembira menerima jam tangan permainan.

Keceriaan jelas tergambar di wajah kanak-kanak itu.

"Nampak dia sangat excited. Aku pun excited juga nak tahu benda apa yang pak (bapa) dia beli. Rupa-rupanya jam tangan mainan.

"Si anak punya seronok walaupun jam tu bukan jam betul. Dia lompat peluk pak dia.

"Selepas dia perasan aku dok perhati, malu-malu tarik face mask tutup muka," katanya.

Dalam kita dok beli macam-macam, ada orang yang susah dan sedang cuba bahagiakan kesayangan depa (mereka).

NETIZEN

Kemungkinan jam tangan permainan itu dibeli si bapa di kedai runcit berhampiran.

Menerusi salah satu foto, kanak-kanak itu tersenyum sambil mengangkat tangan dan menunjukkan jam tangan permainan yang dipakainya.

Menurut Shah, apa yang disaksikannya itu bukan insiden yang dipetik daripada drama-drama yang sering ditayangkan di televisyen, sebaliknya berdasarkan realiti kehidupan.

"Ni bukan drama masa Maghrib kat TV3 atau Astro. Ni live Allah SWT nak tunjuk," ujarnya.

komen ayah anak bahagia total

Antara komen netizen.

Perkongsian Shah di Facebook ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

"Dalam kita dok beli macam-macam, ada orang yang susah dan sedang cuba bahagiakan kesayangan depa (mereka).

"Beli kuih bagi depa, kasihan. Kadang-kadang rasa kita susah, ada lagi orang susah. Sedih.

"Ya Allah, kasihannya. Nanti kalau jumpa di pasar malam boleh beli jam kat dia satu.

"Siapa yang tahu, bagilah sedekah apa yang budak tu mahu. Di akhir Ramadan, banyakkan sedekah, insya-Allah barakah," demikian antara komen-komen netizen.


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung