Nuffnang

Thursday, July 14, 2022

Pengantin jelita dipuji minta mas kahwin RM73.. Di Tempat Kita Boleh Ke ?

 

Olivia dan suaminya, Rahmad selepas selesai proses ijab kabul. - Instagram


JAKARTA – Seorang wanita dari Indonesia menjadi perhatian netizen apabila menetapkan mas kahwin berjumlah hanya 250,000 rupiah (RM73) meskipun memiliki rupa paras jelita, lapor portal Wolipop.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di Palembang itu dimuat naik di media sosial dan menunjukkan pengantin perempuan, Olivia Nansin bersama suaminya, Rahmad Wijaya  dalam busana tradisional serba putih.

Usai proses akad nikah, kedua-duanya memegang wang kertas mas kahwin bernilai RM73 sebagai bukti penerimaan dengan raut wajah gembira.

Ads by Kiosked

“Ini baru cinta sejati, wajah persis bidadari namun, mas kahwinnya tidak membebankan suami dan tidak merendahkan si isteri,” komen seorang pengguna media sosial.

Dalam pada itu, Olivia berkata, majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana ringkas dan mendahulukan perkara yang wajib sahaja.

“Tiada tema atau konsep, apa yang penting majlisnya sah serta berjalan lancar,” ujarnya.

Sehingga kini, video tersebut sudah diulang tonton sebanyak 8,010 kali di laman Instagram. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung