Nuffnang

Wednesday, July 20, 2022

Perghhh !!! Marah nafsu terbantut gara-gara rakan sejenis tak mahu hisap kemaluan, remaja ‘Kancil hijau’ keluarkan pisau.

 

Marah nafsu terbantut gara-gara rakan sejenis tak mahu hisap kemaluan, remaja ‘Kancil hijau’ keluarkan pisau... Suspek kini ditahan polis

Remaja lelaki tingkatan satu ditahan kerana mencederakan rakan sejenis yang enggan melakukan seks oral.

GARA-GARA rakannya enggan menuruti kemahuan untuk melakukan seks oral, seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan mangsa dan mengugutnya dengan pisau.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian berlaku petang kelmarin di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah.

Memetik laporan Utusan Online, mangsa yang berusia 11 tahun mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek.

Malah terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.

Menurut Zaidy, sebelum itu suspek membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

"Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak naik Kancil hijau teruk kena belasah, lelaki dewasa sepak terajang beramai-ramai... Netizen kata lebih baik settle di balai!

"Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa," katanya.

Berang permintaan tidak dipenuhi, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

Bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Gurun.

Suspek kemudian ditahan pada pukul 7.19 malam hari sama, di rumahnya.

"Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut, kata Zaidy. mstar

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung