Nuffnang

Friday, August 26, 2022

Keluarga dengan bayi 9 bulan diselamat selepas terkandas 3 hari dalam hutan

 

Wanita yang juga ibu kepada dua anak diselamatkan menggunakan helikopter selepas diserang strok haba semasa mendaki gunung. - Jabatan Mencari dan Menyelamat Daerah Nevada

Keluarga dengan bayi 9 bulan diselamat selepas terkandas 3 hari dalam hutan

SACRAMENTO, California – Sebuah keluarga di negeri California, Amerika Syarikat (AS) diselamatkan oleh lima agensi bantuan berbeza selepas tiga hari terkandas dalam Hutan Simpan Tahoe, lapor akhbar New York Post, semalam.

Pejabat Syerif Daerah Sierra mengerahkan sebuah helikopter pada 15 Ogos lalu untuk mencari empat sekeluarga dari kawasan terpencil Fiddle Creek, yang menurut pegawai adalah salah satu titik paling curam di sebelah barat kawasan tersebut.

Dua individu dewasa bersama anak mereka yang berusia 10 tahun dan 9 bulan telah mendaki ke kawasan Lembah India yang curam tiga hari sebelum itu.

Ads by Kiosked

Mereka bagaimanapun gagal kembali ke kenderaan apabila si ibu mengalami dehidrasi dan keletihan akibat gelombang haba, demikian menurut pejabat syerif.

Apabila si ibu tidak dapat meneruskan perjalanan pulang, suaminya mendaki turun seorang diri dan meminta bantuan segera.

Operasi Udara Peronda Lebuhraya California kemudian menghantar sebuah helikopter untuk mencari ibu dan dua anak itu, namun tidak dapat mengesan mereka melalui celahan daun tebal.

Tiga beranak itu tersadai di kawasan berbahaya yang terletak kira-kira 762 meter ke bawah lurah atau ngarai gunung.

Pasukan penyelamat berjaya menemui si suami yang dapat memberi arahan lebih jelas mengenai titik lokasi tepat keberadaan isteri dan dua anak mereka.

Anggota Mencari dan Menyelamat Daerah Nevada mengiringi suami dan dua kanak-kanak tersebut ke kenderaan mereka.

Ads by Kiosked

Namun, keadaan wanita itu yang lemah menyebabkan anggota penyelamat dari Jabatan Bomba Downieville dan Perkhidmatan Hutan Negara Tahoe terpaksa menemaninya semalaman sebelum mereka boleh membawanya keluar dari kawasan itu kerana mangsa tidak mampu berjalan dan cuaca semakin gelap.

Apabila hari siang, pasukan penyelamat menerbangkan wanita itu menggunakan helikopter untuk menerima rawatan lanjut. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung