Selepas dedah wajah anak, Neelofa dan Haris bawa Bilal bercuti ke Langkawi
SELEPAS mendedahkan wajah anak sulungnya pada malam Rabu, selebriti popular Neelofa sekali menjadi perhatian apabila dilihat membawa Muhammad Bilal bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah.
Kelibat Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dilihat mendukung bayi lelakinya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah ditemani suami, Haris Ismail.
Video pasangan suami-isteri itu dirakam seorang pengguna TikTok yang teruja melihat kedatangan selebriti sensasi itu ke pulau peranginan tersebut.
"Wah, Neelofa datang bercuti di Langkawi! Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu... bulatnya dia!," tulisnya.
Neelofa kini tidak lagi berteka-teki tentang wajah anak lelakinya.
Tidak hanya teruja melihat keluarga bahagia tersebut, netizen turut memuji penampilan ringkas mereka yang hanya berseluar trek meskipun berstatus selebriti terkenal.
"Kalau aku pergi Langkawi, dah pakai ala princess dah ni. Elok je pakai seluar trek.
"Steady ustaz dengan seluar dia, si Bilal comel tu kakinya bulat tanpa kasut. Stail mama-mama betul. Berpakaian sederhana, Ya Allah mulianya Haris dan Neelofa," tulis netizen.
Malah ada juga netizen tak menyangka begitu cepat masa berlalu dan kini bekas pengacara program MeleTop itu sudah pun bergelar seorang ibu.
"Tak percaya Neelofa dukung baby, cepat masa berlalu. Senget dah badan Lofa dukung Bilal!
Neelofa antara selebriti yang sering menjadi perhatian ramai.
"Badan semangat Bilal pun larat dukung, hehe," komen netizen lagi.
Pada malam Rabu, Neelofa memuat naik video di Instagram miliknya memperkenalkan Bilal kepada umum selepas sekian lama menyorokkan wajah bayinya itu kepada umum.
Video yang dimuat naik berkenaan setakat ini menerima enam juta tontonan dengan lebih 700,000 tanda suka.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
No comments:
Post a Comment