Nuffnang

Sunday, December 25, 2022

Bersatu kecam PH: Dalam dewan menjerit, luar dewan saman kiri kanan

 

mk-logo
BERITA
Bersatu kecam PH: Dalam dewan menjerit, luar dewan saman kiri kanan

2

Perikatan Nasional (PN) menganggap ahli parlimen kerajaan bertindak keterlaluan terhadap pihak lain sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di luar parlimen.

Menganggap tindak-tanduk beberapa ahli parlimen PH sebagai membimbangkan, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata dia memasuki Dewan Rakyat dengan harapan yang tinggi.

Hal itu kerana katanya yang memenangi kerusi Tasek Gelugor pada PRU baru-baru ini, Dewan Rakyat sepatutnya menjadi tempat dasar digubal, serta cadangan kerajaan dibahas secara rasional dan matang.

"Tetapi sikap beberapa ahli parlimen PH menyebabkan saya bimbang apa yang akan berlaku kepada politik Malaysia pada masa depan.

ADS

"Dalam Dewan (Rakyat), mereka menjerit-jerit menghalang perbahasan, di luar Dewan mereka menyaman kiri dan kanan untuk menghalang kritikan," katanya hari ini.

Kenyataan Wan Saiful itu merujuk kepada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada 19 Dis lalu yang menyaksikan pertengkaran membabitkan blok kerajaan dan pembangkang.

Antaranya membabitkan kenyataan Shahidan Kassim (PN-Arau) yang menegaskan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya dilibatkan dalam usul percaya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu mendorong Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) dengan marah berkata, Anwar cukup berani menguji keabsahannya di parlimen dan berbeza sama sekali berbanding pemimpin PN, Muhyiddin Yassin, suatu ketika dulu.

ADS

Beberapa perkataan kasar turut keluar dari mulut ahli parlimen terbabit sehingga mendorong speaker, Johari Abdul, terpaksa campur tangan untuk mengawal keadaan.

Isu saman pula dipercayai merujuk kepada langkah Anwar - secara peribadi - mengemukakan saman ke atas beberapa pemimpin PN, khususnya PAS, ekoran dakwaan yang dibuat mereka.

Pemimpin pembangkang yang sudah disaman Anwar ialah Muhyiddin sendiri, selain Menteri Besar Kedah merangkap Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria.

Kata Wan Saiful dia yakin generasi baru di negara ini secara umumnya mahukan politik yang lebih matang dan sihat.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu berkata tindakan ahli parlimen yang menjerit, memekik dan melolong tidak bertempat itu memang mengejutkannya.

"Cukuplah. Marilah kita jadikan Dewan Rakyat sebagai dewan yang benar-benar mulia. Kita berbahas secara mulia. Bawa idea secara mulia. Kritik lawan pun biarlah secara mulia," katanya. Malaysiakini

2 comments:

Isaac said...

Kenapa PN dah koyak ke....mmg patut kena saman klau manusia mcm ni...

Anonymous said...

Lebih baik dari diam mata terkebil2 bila PM dedahkan projek runding terus yg telah diluluskan yg sebelum ini dinafikan

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung