Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) nampaknya begitu gigih memainkan isu dana judi sebagai bahan utama kempen dalam Pilihan Raya Umum di Padang Serai dan Tioman.

Usaha kerajaan PH-BN itu yang cuba memberi imej buruk kepada parti lawan Perikatan Nasional (PN) nampaknya tidak dapat mempengaruhi rakyat selepas sedar dikencing secara terang-terangan apabila UMNO menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk membentuk kerajaan.

Isu dana daripada syarikat judi dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri (PM) Ke-10 yang menyerang pihak lawan tanpa mengemukakan bukti terhadap tuduhan tersebut.

Kemudiaan, anak muridnya yang baharu dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula menyambut dakwaan tersebut dengan menyokong tuduhan dibuat oleh cikgunya tersebut.

“Saya syak duit itu untuk membiayai aktiviti terutama membeli pengaruh dalam pilihan raya umum lalu,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, pengguna media sosial membalas di ruangan komen dengan sinis tidak lagi mempercayai dakwaan dibuat oleh Zahid tersebut kerana sudah serik ditipu sebelum ini.

“Walaupun ramai tak percaya dan kecam kata-kata Dato..percayalah, saya pun sama,” kata pengguna Facebook menggunakan nama Akmal Hamat di ruangan komen Utusan.

“Pandainya berkata-kata. Yang pusing itu ini cam mana pula?” kata pengguna Facebook Dozo Hamdan.

“Wak ni mcm sindir diri sendiri saja. Jangan lupa wak kes mahkamah belum selesai ya. Kami nak tengok keputusan mahkamah,” kata pengguna Facebook, Rosli Ahmad.

Untuk rekod, Zahid sebelum ini juga didakwa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah bersumpah atas nama Allah menafikan akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun selepas PRU-15, Zahid sebaliknya bertemu dengan Anwar dan bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama.

Zahid juga memainkan peranan utama untuk mengheret Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk menyokong cikgunya itu menjadi PM Ke-10.Agendadily