Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Padang Serai berjaya dimenangi Perikatan Nasional (PN) dengan 16 ribu lebih majoriti.

Kerusi Parlimen Padang Serai yang dianggap kubu kuat Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal, namun calonnya Dr Mohamad Sofee Razak gagal memenangi walaupun mendapat sokongan daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) yang baharu sahaja berkahwin politik untuk membentuk kerajaan pusat.

Menurut laporan tak rasmi, calon PN Datuk Azman Nasrudin berjaya mendapat majoriti lebih tinggi daripada diperoleh calon PH semasa PRU-14 lalu.

Azman menang dengan majoriti 16,260 undi.

Untuk rekod, calon PKR, Karupaiya Mutusami sebelum ini pada PRU-14 menang dengan majoriti 8,813 majoriti.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraj, calon Bebas, Sreanandha Rao dan calon Pejuang, Hamzah Abd Rahman juga kalah di Padang Serai.

Calon Parti Warisan, Mohd Bakhri Hashim juga turut kalah.